Pages

23 February 2014

Nostalgia Jambu Batu..

Setiap kali kalau beli jambu batu letak asam boi, aku mesti teringat masa zaman sekolah dulu.. 
Nostalgia sungguh.. aku dulu sekolah berasrama penuh kat Kuala Pilah..
Aku join Kelab Usahawan Muda.. Aku suka join kelab ni walaupun kdg2 akan mengorbankan masa weekend aku utk masak burger.. panas woo.. atau waktu2 after prep malam utk siapkan kad2 comel utk dihantar kepada org2 tertentu especially musim2 exam... hihi.. memori sungguh!!~

Seronok tau.. Tapi yg paling aku tak lupa ialah jual jambu batu asam boi setiap sabtu/ahad kat aspuri.. Masa tu aku form 4.. Dlm kelab tu masa tahun tu, ktorg dah dibahagi2 kepada group2 tertentu dan group aku buat jualan jambu batu.. Kitorg masa tu ada 4 org.. 3 daripada nya adalah kawan2 kelas aku.. lagi sorg tu merangkap ketua laa dia senior setahun tp dia la yg paling tak menyumbang langsung.. tak menolong langsung!!~ 

So, setiap Jumaat je ktorg akan pastikan dah beli jambu dari sorg Cikgu.. pastu bawa balik hostel, pegi buang kulit dia pakai sudu.. hihi.. pastu rendam semalaman sbb nak kasi lembut.. esoknya hari Sabtu, pagi2 lagi ktorg bertiga akan potong2, buang biji and last step pegi la setiap tingkat aspuri utk jual.. Jualan ktorg tu mmg dinanti2 kan.. huhu.. biasa laa bdk asrama mmg selalu lapar... Kdg2 tu, siap tempah lagi.. tang asam boi tu ktorg tak kedekut pun.. letak la banyak mana yg diorg nak.. sbb ktorg memahami nafsu nafsi diorg.. haha.. alaa bukan mahal sgt pun serbuk asam tu.. Pendek kata, mmg jambu ktorg menjadi rebutan laa.. hihi.. Seronok tgk org beli jualan kita...

End of the year, untung yg ktorg dpt tu pun dibahagi2kan kepada ahli kumpulan.. Seronok dpt duit penat lelah masa tu... Banyak gak duit terkumpul masa tu... Tak ingat dah aku beli apa dgn duit tu..  ^_^

No comments:

Post a Comment