|
Black-pepper beef |
Disebabkan aku ada masalah eating disorder kalau aku duk rumah (sbb tak de mknn), so baru2 ni, aku pun pegi laa shopping barang dapur kat carefour.. lama tak masuk carefour kat mid sbb one way entrance je.. sehala je jalannya.. aim nak beli barang dapur.. tp kena paksa utk lalu semua tempat utk ke bahagian grocery.. so, kesimpulannya aku jumpa segala benda yg aku tak nak beli (jauh perjalanannya) utk sampai ke tempat utama.. Disebabkan dah lama tak shopping barang dapur, aku dgn rambang mata beli dgn banyaknya!!~ hehehee.. seronok shopping ni.. beli daging, meggi mee (keperluan utama), ayamas pelbagai bentuk (drummet, nugget, sosej), sayur2an, buah2an, cili, bawang, sos cili + tomato, beras (lagi satu sbb utama aku dah lama tak masak), telur, sardin, dan lain2... nak beli ikan tp ikan tak segar dah.. mata dah merah kemain!!~ so, nanti2 laa next time pula.. aku musim sejuk2 ni asyik lapar je.. so aku beli donut, roti canai dan garlic bread frozen..utk snacking2 atau breakfast~ weeheee
Hari ni aku tak pegi lab (bukan ponteng, tp buat keje dari rumah) aku dlm fasa writing ni.. journals bersepah kat bilik.. susah aku nak kemas, set-up lappy, pastu kemas semula.. baik aku duk diam2 je kat bilik aku yg super best ni utk siapkan keje.. ehemmm.. hari ni lunch aku adalah black-pepper beef.. atau daging masak lada hitam.. siap dgn sayur sekali (strategy supaya tak payah masak sayur lauk lain).. nyummy!!~ sedap!!!!~ (oopps terpuji diri sendiri pula) Tak susah pun, senang dan mudah je nak masak ni.. asalkan semua bahan dah ada.. Lebih senang sbb guna non-stick pan... I LOVE IT!!~ bertambah rajin laa aku memasak lepas ni..