Pages

13 January 2013

Halal ke?

Salam..

Selamat pagi!!~
Topiknya pagi ni adalah pasal halal ke tak makanan yg kita makan..
Dah lama aku nak tulis tp seperti biasa.. idea topik ni terperuk dlm kepala je..
So, pagi ni ada mood nak tulis blog..

Isu ni rasanya ermm may be bagi sesetengah org bukan big issue pun..
Tp, kan makanan yg halal tu kan akan menjadi darah daging kita dan secara tak langsung akan membentuk peribadi kita.. Makanan yg haram akan menjadi penghalang makbulnya doa kita selain perkara2 maksiat yg lain.. so, pada aku.. isu ni serious..

Definisi halal itu terbahagi kepada 2 perkara:-
  1. Makanan tu mmg halal.. tak de unsur2 haram dan syubhah langsung, dan cara penyediaan yg bersih dan menepati syarak
  2. Sumber duit yg diperolehi untuk membeli makanan tersebut mesti lah dari sumber yg halal juga

So, pagi yg hujan renyai2 ni, aku nak cerita pasal halal yg no. 1 je.. yg no. 2 lain kali laa ye.. heheh..

Macam mana nak kenal pasti makanan yg kita beli tu halal ke tak?? Senang je.. paling mudah ialah first.. kena check makanan atau premis perniagaan (restoren/kiosk/sebagainya) ada logo halal JAKIM yang sah..
Huh.. ni semua org pun tau kan.. tp.. berapa ramai org yg betul2 sensitive dan mencari logo halal tersebut sebelum masuk ke restoren apa2 pun kat shopping mall???

Mentaliti org sekarang ni, rata2 nya kalau ada pekerja melayu (Melayu=Islam) so.. secara tak langsung minda separa sedar akan mengesahkan bahawa.. "ok.. restoren ni halal.. so, jom mkn kat sini"
Aku pun dulu mcm tu gak.. asal ada pekerja Melayu/Islam aku pun rasa ok laa kot kedai ni.. sampai laa ada satu hari tu aku keluar pegi Mid Valley dgn kawan lab aku.. dia ni org Singapore.. dia pun cakap ngan aku.. Kalau kat Singapore, diorg mmg kena pastikan ada logo halal baru diorg yakin nak msk kedai makan tu.. Dia kata, lain kan kat sini (Malaysia).. org kat sini asal ada pekerja Melayu/Islam je.. (walaupun pekerja tu hanya cashier).. atau ada org Melayu/Islam lain yg tgh makan kat kedai tu.. org kat Malaysia ni yakin je kedai tu halal .. Sejak tu, aku terfikir.. betul juga tu.. ermm org Malaysia ni mmg yakin boleh je kannn..

Tp sebenarnya aku rasa tak boleh laa mcm tu.. kita kena ubah pemikiran kita utk jadi lebih sensitive.. Sbb restoren2 kat shopping mall tu tak kan laa tak de duit nak apply sijil halal.. sebab apa yg diorg tak apply?? Sbb kalau dah apply nnt ada accessment dari JAKIM.. so, tak boleh laa diorg buat benda2 yg tak menepati syarak, kan.. ni hukam logic akal laa.. ermm mesti laa ada benda2 yg diorg sure kalau apply pun tak akan dapat punya.. so, baik tak payah apply.. Terpulang laa kat org Melayu/Islam sendiri.. nak masuk ke tak kedai diorg.. diorg peduli hapa.. janji dpt customer..

Situasi 1: Kadang2 pekerja je Melayu.. tp tokey nya "cha ya nun alif".. mana laa kita tau dia beli ayam/daging dari pasar yg mana satu.. definisi halal bagi mereka asalakn bukan pork je, halal laa.. 

Situasi 2: Zaman dah berubah.. bukan mcm zaman dulu lagi.. contoh: kalau tepung, mmg isinya tepung laa.. pure tepung tak de campur benda2 lain.. tp sekarang ni teknologi makanan dah canggih.. kononnya nak lebih menyedapkan makanan tu.. so, kdg2 makanan yg asal2 nya halal jg haram.. sebab ada campuran bahan yg tidak halal atau bahan2 syubhah.. Sebab tu laa pemantauan dari pihak JAKIM sgt2 laa penting untuk umat Islam.. JAKIM akan pantau dari mana kedai tersebut beli ayam.. sembelih ke tak.. bahan2 masakan yg lain diambil dari mana.. bahan2 tu diprocess dari kilang mana.. siapa tukang masak makanan..

Tp JAKIM tak boleh buat apa2 kalau kedai makan tersebut tak nak apply halal.. So, JAKIM pun tak boleh buat apa2 kalau org Islam makan di kedai yg tak de logo halal yg sah.. betul, tak?? Semuanya terpulang pd kita utk jd sensitive atau tau.. Errmm ada gak aku jumpa kedai makan yg guna istilah "pork-free" tp tak de logo halal.. ermmmm..

Untuk org belum kawen macam aku ni.. yg malas masak.. masak kdg2 kalau ada mood.. aku mmg suka makan kat shopping mall (mid valley la paling dekat)... lepas cuci2 mata.. jln2.. leh makan2 kat sana.. Makan kat food court laa kat restoren2 mana2 laa yg aku rasa best dan sedap.. Tp sekarang aku lebih berhati-hati.. ermm dan aku dapati BANYAK restoren2 yg tak de logo halal sebenarnya.. so, pilihan makanan aku dah makin kecil sekarang ni.. Dan memaksa aku utk rajin2 masak.. hahaha... masak sendiri lagi baik..

Ok, first.. the food court.. ada kat tingkat atas sekali dan lagi satu kat tingkat 2 (Oasis).. dulu2 sebelum food court tingkat atas renovate, aku rasa ada je logo halal (ermmm.. tp sbb tak sensitive sgt masa tu aku tak pasti laa JAKIM punya ke.. bukan..).. sekarang ni lepas renovate.. (baru je friday lepas aku pegi) aku dapati.. tak de satu pun yg ada logo halal.. Sekian~

Yg kat Oasis tu aku suka makan portugese grill.. Dulu aku pernah nampak logo halal.. tp skrg ni tak pasti sbb lama dah tak makan kat situ.. Tako tao pun dulu ada.. tp skrg tak de dah.. so, aku tahan je laa nafsu nak makan tako tao tu..

Kat Mid Vally dah ada mcm2 makanan.. makanan Jepun laa.. Taiwan laa.. Korea laa.. ermm contoh: sushi king.. masa ada discount.. punya laa ramai org beratur.. panjang nya bukan main!!~ Tp, sushi king tak de logo halal pun.. nasib baik laa tekak aku ni mmg tak boleh terima langsung sushi..

Bila fikir2 kan... kdg2 kalau kita pegi food court tu, cuba tgk siapa yg masak makanan kita.. aku tgk.. kdg2 bagla.. kdg2 indonesian (ni aku terima lagi laa kalau dia Islam).. kdg2 Myanmar (Islam, ke??)... Haihh.. makin maju negaraku Malaysia, makin ramai warga asing yg menyediakan makanan kita.. masak utk kita..
Kadang2 kita nak cara hidup yg sihat.. tp sejauh mana sihatnya makanan kita yg dibeli tu?? Walaupun restoren mahal2.. minyak tu dia recycle pakai berapa kali?? utk berapa banyak masakan??????? Tp aku pun tak boleh nak elak.. sbb hari2 lunch kat cafe UM.. sama je.. tak sihat mana pun..

So, kesimpulannya.. makanan yg paling baik adalah makanan yg kita prepare sendiri.. kita masak sendiri.. kita sendiri pilih bahan2 terbaik utk masakan kita.. InsyaAllah makanan tu sedap... Sbb biasanya sebelum nak mulakan memasak, kita akan selawat dulu....

Dan aku pun.. kena laa rajin2 masak.. walaupun lauk yg simple.... dan lauk yg sama je hari2.. heheheheh..
Hari ni aku nak masak, yeay!!!~







12 January 2013

Happy New Year 2013

Assalamualaikum..

Sebelum berlambat, saya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru.. 2013..
Aiseh.. late version lagi sbb saya teramat laa malas nak update blog ni.. Malas nak menaip lantaran PERLU menaip dan berfikir untuk membuat ayat di page draft journal paper pertama saya.. Status terkini: alhamudlillah dah siap draft kedua dan sedang disemak-baca oleh Prof2 saya.. dan saya dah keluar dari tempat pertapaan utk kembali agressive di makmal.. heheheh...

Labwork.. ermm ada masalah dgn HPLC.. tp alhamdulillah terima kasih Allah kerana mempermudahkan kerja saya.. masalah yang dihadapi telah pun dapat diatasi berkat kesabaran dan doa2 dari keluarga dan rakan2 semakmal... Alhamdulillah.. lepas ni dah boleh speed-up kerja2 analysis..

Tahun baru synonym dengan azam baru.. Apa azam baru anda tahun ini? Saya.. ermmm banyak juga..



ooooohhh cerita 3 idiots kat tv3 sekarang sgt2 menggamit perasaan saya tika ini..
saya suka sgt cerita ni..
ok.. nnt kalau tiba2 mood rajin saya kembali, saya akan update lagi blog ni..
sampai ketemu lagi.. daaaa~