Pages

28 February 2016

Cuti-cuti awal 2016: Part 2

Sekarang ni tgh hujan kat luar.. tadi hujan lebat tp skrg dah slow down sikit..
Aku suka dengar bunyi hujan turun.. mendamaikan...
Nak tido pun syiok... sejuk je.. hihihihi..

ok laa sementara aku take a break ni, aku nak sambung laa cerita cuti2 ktorg tu..
Ermm kali ni nak cerita ktorg pegi Zoo Johor..
Dekat je.. Zoo Johor ni tak de laa famous mcm Zoo Melaka..
Aku org JB ni pun tak tau kewujudan Zoo ni.. hahahaha... (aku mmg ampeh sikit)
Tp mak aku kata, dulu2 dia pernah laa bawa aku pegi Zoo Johor ni.. cuma aku mmg tak ingat langsung!!
Mak aku pun tak sure Zoo tu wujud lagi ke tak.. kalau ada pun, maybe binatang kat situ dah tua2.. tambah mak aku lagi..
Disebabkan aku boring tiap minggu tak de aktiviti best, aku nak juga pegi zoo.. balik2 duk rumah.. tak pun pegi shopping mall.. bosan laaa...
So, ktorg pun google laa.. dan ternyata Zoo tu masih wujud!!!~
Memandangkan Khaliesa pun mmg suka binatang, maka that weekend aku terus je plan pegi Zoo Johor and left my husband with no choice!!~ hahahaha
No wonder aku tak tau celah mana Zoo Johor ni.... sebab ktorg jumpa SATU je signboard pegi sana..
Lokasinya depan masjid Abu Bakar... Tak de carpark pun.. Parking laa tepi jalan..

Zoo Johor ni entrance fee dia murah je.. RM2/adult.. bdk2 bawah umur 2thn, free je..
mmg murah sgt kalau nak bandingkan dgn Zoo Melaka yg RM17/adult (tak silap aku laa)
Tp, sesuai laa dgn harga dia yg murah tu.. Zoo Johor ni kecik je compared to Zoo Melaka..
End of Nov last year ktorg pegi Zoo Melaka..
Binatang kat Zoo Johor ni walaupun bilangan speciesnya sikit, tapi bilangan binatang dari species yg sama tu banyak...
Contoh: Kalau kat Zoo Melaka ada harimau, tp sekor dua je.. Kat Zoo Johor ni, ada 6 ekor harimau..
Mcm tu laa...
Burung2 pun lebih banyak kat Zoo Johor.. Happy sgt sbb jumpa merak kat sini.. cantik~
Tapi, kat sini tak de gajah.. si favourite Khaliesa tu..
Kat Zoo Melaka kelmarin, dia berani kasi gajah makan masa feeding session~
Tp, bila belalai gajah tu terpegang tangan dia, terus dia fobia.. ingat sampai skrg!!~ hahaha.. kelakar betul..

Walaupun Zoo Johor ni kecik, ktorg still enjoy the trip..
Kat sini ada singa.. harimau.. tp biasa laa siang2 ni diorg tido je laa kejenya..
Ada laa sekor singa jantan tak tido.. first time aku dengar singa mengaum... Kuat betul suara dia!!
Seronok gak bila Khaliesa dpt dengar bunyi singa betul2 mengaum.. biasa dia je yg mengaum..
Hahahahaha~
Kat sini ada kuda padi.. tp bdk2 je boleh naik.. Satu pusingan dia charge RM6..
Tak sangka aku Khaliesa nak naik kuda... Aku agak ni semua pengaruh tgk teletubbies episode "Emily washing the pony" laa ni!!~
Aku ingat dia takut, tp rupanya dia steady je.. siap main tepuk2 tangan lagi atas kuda tu...
Bila dah turun dari kuda tu, dia siap usap2 lagi kuda tu!!!~ comel je...

Tarikan kat sini selain tgk binatang dlm sangkar dan naik kuda, ada perahu kayuh kat tasik..
Tak tau laa bayar berapa.. sbb ktorg tak naik pun.. teringin nak naik tp risau plak Khaliesa ni kan kecik lagi.. tunggu dia besar sikit laa..
Ada taman permainan gak.. Khaliesa enjoy main gelongsor!!~
Aku agak Zoo Johor ni under renovation, kot sbb ada main laluan tu tak boleh masuk.. agaknya laa sbb tu ktorg tak jumpa gajah..
Ada laa lebih kurang 2 jam ktorg jalan2 kat zoo ni.. Keseluruhannya, puas hati laa.. Khaliesa enjoy, mama dia pun enjoy juga!!~
Zoo ni kecik je.. pada aku, just nice laa... sebab tak de laa penat sgt nak menapak jalan jauh2, kan..
Harga pun murah je..
Boleh laa dibuat aktiviti mingguan.. mana tau kot2 boleh jadi Zoologist plak nanti!!~ hahahaha...


Zoo Johor (sumber gambar: google)



26 February 2016

Cuti-cuti awal 2016: Part 1

Assalamualaikum,

Lama rasanya tak menulis di blog ni.. rindu pula tiba-tiba.. echeh~
Ok, sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2016..
Semoga kita semua dpt mengharungi tahun 2016 ni dgn lebih tabah lagi,
semua yg dirancang berjalan lancar, diberi kesihatan yg baik
dan diberikan rezeki yang melimpah ruah..
~amin...

Tak lupa, Gong Xi Fa Chai juga kepada kawan2 yang menyambutnya...
Tahun ni, masa raya cina kelmarin aku pegi Muar..
Rumah mertuaku..
Best juga sbb Khaliesa dpt jumpa sepupu2 dia.. biasa kalau ktorg balik, sepupu2 dia tak balik.. so, dia sensorg tak de kawan.. Kali ni mmg best!! Meriah.. Khaliesa plak dah besar sikit (1 thn 5 bln).. Dah berlari dah.. mulut pun dah banyak vocab yg dia reti sebut..

Kat rumah Tok Ba dan Mak Tok dia ni ada bela ayam, itik dan ikan...
Sibuk laa dia nak ke reban ayam..
Sikit2.. "aaaaaayam..... aaaaaayam".. ni semua pengaruh cerita 'Upin Ipin episod Cip Cip Cip' laaa ni..
ahahahahaa... itik dia tak reti sebut.. dia sebut duck!!~ 
ikan plak tak reti lagi.. fish ke ikan ke.. dua2 belum reti lagi...
kalau kucing, dia sebut nyauuuuu...
kalau harimau, jadi auuummmm...
gajah jadi... anna.. ahahahah.. kenapa anna?? sbb pengaruh teletubies episode Washing the Elephant..
gajah kat teletubies tu nama dia Anna...
ayam, badak ngan cicak je betul dia sebut... gajah pun ada laa juga kdg2 ikut mood dia.. tp selalunya gajah jadi anna laa...
kalau burung, kadang2 dia sebut gagak... kdg2 bird... hahaha.. kalau dia nampak tu burung gagak, dia cakap gagak laa.. tp kalau burung merpati atau burung pipit, dia sebut bird...


Apa yang menarik di Muar?
Pendapat peribadi aku kata.. kat Muar ada makanan yg enak2.. mmg tak tipu.. sedap sgt Mee Rebus kedai Satay Warisan.. lebih sedap dari Mee Rebus kat Kampung Melayu, JB..
Memang favorite food aku Mee Rebus sejak dari kecik lagi..
Dulu2 kalau korg pernah dtg JB, mee rebus paling famous Mee Rebus Haji Wahid
Tp, sejak dia meninggal dan anak2 dia yg mewarisi resipi tu.. dah tak berapa sedap dah..
Lama dah aku tak rasa mee rebus yang mengikut citarasa aku..
Akhirnya aku jumpa.... Nyummy~ lapar tak??? kah kah kah..
Selain Mee Rebus, aku suka Soto Nasi.. Kat kedai ni, Soto Nasi dia pun sedap..
But I still prefer to order Mee Rebus laa...

Kalau kat tempat lain, satay org makan time malam, kan..
Tapi kat Muar ni org makan satay waktu pagi..
Satay kat Muar ni aku pernah rasa 2 tempat je..
Ikut nasib laa.. kdg2 sedap.. kdg2 biasa-biasa je...
Rezeki aku, masa cuti kelmarin dpt makan satay yg sedap kat Kedai Satay Warisan tu..
Alhamdulillah~

Org kata, kat Muar ni terkenal dgn Mee Bandung..
Husband aku ada gak bawa laa aku makan Mee Bandung kat kedai famous..
Although Mee Bandung ni bukan termasuk favourite food aku, tp sebab aku minta dia bawa sbb nak rasa, dia bawakan juga laa.. tak ingat nama apa kedai tu..
Sedap laa juga.. tp still tak boleh lawan Mee Rebus tu..

Nak tgk gambar makanan?? sorry aku tak de.. aku kalau makanan dah sampai, aku baca doa makan terus ngap je.. tak de nak amik gambar bagai.. hahahahaha...
Kalau nak tgk rupa Mee Rebus, Mee Bandung tu korg google je laa...

Cuti aku kat Muar kali ni dah jadi mcm jalan2 cari makan plak, kan..
Sekali sekala... biasa makan kat rumah je.. tolong mak mentua masak...
Last sekali, husband aku bawa p kedai kopi tepi jalan.. Minum kopi yg guna arang..
Dia order kan aku kopi, dia punya kopi O.. aku tak suka pun minum kopi tp rasa je laa kan..
Benda2 pelik ni gini org sekarang kata hipster.. huhuhu..
Sedap?? ermmm aku rasa kopi tu pahit melekat!!~
Kalau org yg suka kopi mcm husband aku, boleh laa layan...

Ok la, dah abis bab2 makan... Kita pegi bab riadah pulak..
Kat Muar ni ada Tanjung.. ada yg dekat dataran Muar, lagi satu tanjung lama ada monyet2..
Best tau jalan2 petang amik angin kat tanjung ni... ada tempat tgk matahari terbenam juga!!
Jalan pagi2 pun best.. nyaman je.. ramai org jogging kat sini.. tp ktorg jalan je laa..
si kecik tu tgk org jogging, dia pun nak lari2 gak... so, layankan je laa..
Tanjung yg ktorg pegi pagi2 tu dekat dgn paya bakau.. ada laa macam2 binatang ktorg jumpa selain monyet.. mmg best melayan si kecik tu tgk binatang2 tu.. ada belangkas, ikan kaloi, bangau, burung2.. (intonasi mcm cakap dgn Khaliesa plak... hahaha)

Malam2 kat sini pun happening gak.. especially kat tanjung yg dekat dataran Muar tu...
Sbb angin kuat, diorg main giant bubbles ramai2... dah macam pesta belon pun ada!!~
Parking jangan cakap la.. penuh je..
Bawa family kat sini mmg best... Khaliesa punya bubbles ktorg beli yg bubble kecik je.. pastu, dia tumpang main org lain punya belon.. suka dia bila dpt pecahkan belon besar~
Tapi, lepas tu pedih mata.. kesian~~~
Kat sini selain pesta belon, ada gak org memancing ikan..
Nasib laa husband aku tak suka memancing.. suka tgk bola je.. aku bab2 tunggu ni aku kurang sabar sikit..

Alang2 dah sampai Muar, ktorg jalan laa kat Melaka juga.. sbb dekat je kan..
Jalan2 kat shopping mall je.. window shopping pun best gak..
Lepas tu pegi depan A'famosa.. teringin nak naik beca tp husband tak nak naik pun.. sbb stroller baby kena tinggal, tak boleh bawa..
Kali ni selain beca, ada gak org buat sewa basikal, ada kereta kuda pun ada..
Nak naik kereta kuda tu RM10 utk dewasa.. reasonable price laaa
Khaliesa baru bangun tido masa tu... dia tak excited sgt pun tgk kuda tu.. dia mamai2 lagi kot..
So, ktorg tak naik laa.. tgk je org lain naik.. kuda tu jalan dekat2 situ je.. tak jauh pun..

On da way back to Muar, ktorg singgah pegi makan ikan bakar kat Serkam..
Ni mmg tempat yg husband aku selalu bawa kalau pegi Muar..
Sedap juga.. reasonable price.. Tapi tak boleh lawan seafood kat Pangkor masa ktorg pegi honeymoon dulu... Kat sana mmg ikat fresh kot..

Ok laa nanti lain kali sambung part 2 pula.. (entah bila laa tu)