Pages

28 June 2010

testing~

ok.. dah tukar template lagi~~ huhu.. aku ni mmg laa ske membuang masa skang ni.. aduh~~ ok.. tak mo buang2 masa lagi dah.. enuff ye!!~

Benda Yang Paling ...

Benda yang paling ringan    = solat
Benda yang paling berat     = amanah
Benda yang paling jauh       = masa lalu
Benda yang paling dekat    = ajal
Benda yang paling besar    = hawa nafsu

Stars can fall, right??

Kelebihan Membaca Bismillah

  1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya ker ana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
  2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)
  3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
  4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
  5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
  6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30). Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
  7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
  8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
  9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
  10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
  11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Si Pencari Kayu

Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah....kisah seorang pencari kayu.Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas.Beliau tinggal dipinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata. Suatu hari,ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai.Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.

Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari kayu,"Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?".Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku. Pari-pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas. "Adakah ini kapak milik tuan hamba?",tanya pari-pari. "Bukan...",jawab si pencari kayu ringkas. 

Pari-pari turun! semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak. "Yang ini tuan hamba punya?",tanya pari-pari lagi. "Bukan yang ini",jawab si pencari kayu dgn ikhlas. Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa. "Err..mungkin yang ini?,duga pari-pari. 

"Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini",jawab si pencari kayu jujur. Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu."Ya,inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi",jawab pencari kayu dgn gembira. 

Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka paripari memberi kesemua ke empat-empat kapak kepada si pencari kayu.Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali. 

Selang beberapa tahun, si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul. Maka  meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri! tercinta. Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa sipencari kayu. Dengan nada sedih beliau berkata,"Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul...".

Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersama-samanya SitiNurhaliza.
"Ini isteri tuan hamba?,"tanya pari-pari menduga. "Yes..yes",jawab si pencari kayu.
Pari-pari begitu marah",Penipu,pembohonggg....,nah terimalah baaa...", belum sempat pari-pari habis menyumpah,si pencari kayu berkata,

"Maafkanhamba! Bukan niat hamba berbuat demikian.Ini hanya salah faham". "Jikalau hamba berkata 'TIDAK', tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Wardina. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata 'YA" tentu tuan hamba akan memberi ke empat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin...mana larat nak "maintain" empat-empat tu...

Sebab itulah hamba kata! 'YA'!!!".....terang si pencari kayu ikhlas...

TAMMAT