Pages

21 November 2012

Time

“Time is very slow for those who wait
Very fast for those who are scared
very long for those who lament
Very short for those who celebrate
But for those who Love time is eternal =)”

-William Shakespeare-

19 November 2012

Kek Alice

This is beyond cuteness!!!~
Teramat laa comel!!~ 
Kek tema Alice in Wonderland
Tp Alice tak de plak..

Pandainya dia buat kek rupa mcm ni..
 
Sumber asal: https://www.facebook.com/SutsaPatisserie?ref=stream

14 November 2012

Kek Batik

Baru je selesai buat kek batik.. huuhuhuhuhuuu~~ semua tak dirancang.. biasa laa sejuk2 ni aku kan mudah lapar.. tetiba teringin pulak nak mkn kek batik.. aku biasa buat kek batik ni bila ada function tertentu je.. seperti activity potluck hari raya kat lab.. Ooohh ya.. first time belajar kek batik aku bagi satu lab makan.. tak pernah rasanya aku buat kek ni utk aku makan sendiri.. dan disebabkan keinginan nak makan kek batik tersebut, aku pun ajak cousin aku pegi kedai jap (dia laa tukang ajar).. hehehehehehehe... 

Dulu2 aku tak berapa gemar dgn rasa kek batik ni.. sbb aku rasa dia manis sgt.. cepat muak.. pd aku laa.. tp bdk2 lab aku makan abis je.. maksudnye sedap laa kot.. tp aku still rasa dia tak berapa best sgt.. ada gak yg aku pernah rasa biskut dia banyak sgt.. tak sedap juga (pd tekak aku laa)

So, sekarang ni, aku tukar sket recipe kek batik ni.. (sebenarnya aku cari kat internet kot2 ada recipe lain sket) and i found that ada org letak serbuk koko sikit.. ermmm~ aku try laa masa raya kelmarin (sbb cookies raya tgl sikit.. tak de apa nak bagi lab).. siap tabur badam sket kasi effect yg lebih menarik.. (mcm buat experiment plak kan, tukar method)  hehehe.. and the result.. SEDAP!!~ nyummy nyummm~~

Kek batik ni agak glamour sebenarnya dikalangan pelajar yg duk hostel (uni+kolej).. sbb teramat laa mudah nak buat.. dulu2 kat UIA ada juga member2 aku buat kek ni kat bilik.. aku pernah join diorg buat tp sekadar pemerhati je laa.. Aku nak share recipe kek batik.

 Bahan2
  1. Milo 400g
  2. Serbuk koko (botol paling kecik)
  3. Susu pekat manis (Brand: cap junjung)
  4. Unsalted butter (Brand: SCS)
  5. Biskut Merry perisa Original (Brand: Munchy's)
Cara2
  1.  Cairkan butter (guna api paling kecil)
  2. Masukkan susu pekat 1 tin
  3. Kacau sket
  4. Masukkan serbuk koko 1 botol (tuang semua)
  5. Masukkan milo 1 peket sikit demi sedikit sambil kacau hingga sebati (kalau aku, aku tuang je sepeket.. tp rasa laa juga.. agak2 kombinasi milo + koko dah ok, ok laa)
  6. Masukkan biskut Merry yg telah di patah2kan (jgn kecil sgt.. agak2 je.. patah 3 je pun boleh).. Biasanya kalau beli Munchy's ada 3 row.. Sbb aku tak suka biskut tu padat sgt, aku guna 2.25 row (ni laa bdk lab masuk kitchen) so, pandai2 laa korg agak2..
  7. Gaul sehingga kesemua biskut disaluti dgn mixture tadi..
  8. Tuang ke dalam tupperware yg ada penutup. Ratakan supaya tak de laa biskut tu berkeluar.. tak cantik, kan..
  9. Sejukkan dlm peti sejuk overnight
  10. Tomorrow: Keluarkan dari peti sejuk, thaw sket, lepas tu baru laa boleh potong mengikut size yg korg suka.. Kalau dia masih sejuk, keras sgt nak potong..
Dulu aku punya laa malas nak buat kek batik ni walaupun teramat laa senang.. Sbb utama adalah.. aku malas nak menyental periuk aku lepas masak.. sbb dia akan melekat2 dan susah nak hilangkan kekotoran tersebut.. lebih2 lagi bila some of the mixture dah terhangus sket.. tp sekarang dah tak de masalah.. sbb aku dah ada non-stick pan!!!~ yippieeee!!!~  ermm.. utk entri ni tak de gambar kek batik yg aku buat td sbb kamera aku ada masalah pula.. huuhuhuu~

Sesiapa yg nak mencuba recipe ni.. Selamat mencuba~

Masak-masak ^_^


Black-pepper beef

Disebabkan aku ada masalah eating disorder kalau aku duk rumah (sbb tak de mknn), so baru2 ni, aku pun pegi laa shopping barang dapur kat carefour.. lama tak masuk carefour kat mid sbb one way entrance je.. sehala je jalannya.. aim nak beli barang dapur.. tp kena paksa utk lalu semua tempat utk ke bahagian grocery.. so, kesimpulannya aku jumpa segala benda yg aku tak nak beli (jauh perjalanannya) utk sampai ke tempat utama.. Disebabkan dah lama tak shopping barang dapur, aku dgn rambang mata beli dgn banyaknya!!~ hehehee.. seronok shopping ni.. beli daging, meggi mee (keperluan utama), ayamas pelbagai bentuk (drummet, nugget, sosej), sayur2an, buah2an, cili, bawang, sos cili + tomato, beras (lagi satu sbb utama aku dah lama tak masak), telur, sardin, dan lain2... nak beli ikan tp ikan tak segar dah.. mata dah merah kemain!!~ so, nanti2 laa next time pula.. aku musim sejuk2 ni asyik lapar je.. so aku beli  donut, roti canai dan garlic bread frozen..utk snacking2 atau breakfast~ weeheee

Hari ni aku tak pegi lab (bukan ponteng, tp buat keje dari rumah) aku dlm fasa writing ni.. journals bersepah kat bilik.. susah aku nak kemas, set-up lappy, pastu kemas semula.. baik aku duk diam2 je kat bilik aku yg super best ni utk siapkan keje.. ehemmm.. hari ni lunch aku adalah black-pepper beef.. atau daging masak lada hitam.. siap dgn sayur sekali (strategy supaya tak payah masak sayur lauk lain).. nyummy!!~ sedap!!!!~ (oopps terpuji diri sendiri pula) Tak susah pun, senang dan mudah je nak masak ni.. asalkan semua bahan dah ada.. Lebih senang sbb guna non-stick pan... I LOVE IT!!~ bertambah rajin laa aku memasak lepas ni..




08 November 2012

Hujan

skrg kat kl musim hujan.. dlm satu hari mesti akan hujan.. pagi cerah dan ceria.. nak dekat ptg2 sket, bumi kl akan disirami hujan.. best juga.. sejuk je.. nak tdo mlm mmg syiok laa.. sampai kdg2 nak bangun pagi pun jd liat.. disebabkan kl biasanya hujan ptg, aku kena make sure 10 mins b4 5.30pm aku dah kena keluar lab.. utk mengelakkan jammed.. kat kl ni biasa laa, asal hujan je jammed.. ada dua cabaran yg aku kena hadapi bila jammed ni.. paling aku tak suka adalah bila stuck dlm UM nak keluar kl gate.. kdg2 tu sampai berjam tak bergerak.. bukan jauh pun, dekat je.. sbb ramai sgt org nak keluar dari UM kot.. bila dah berjaya keluar kl gate, akan jammed lagi kat simpang nak msk federal highway.. susah betul nak pegi ke lane yg paling kiri.. kdg2 nasib baik, ada org give way laa.. tp not so easy.. aku kena pandai cucuk gak laa.. msk slow2, smp mereka mengalah dgn aku.. bila dah msk federal, dah ok dah.. mmg laa sangkut2 gak.. tp at lease tak de laa tak bergerak langsung.. msk jln klang lama pun smooth je.. biasa kat sini akan jammed pukul 7.. kat kl ni aku observe.. kalau hujan akan jammed luar biasa teruk.. lebih parah bila hari tersebut adalah friday.. may b org nak balik kg kot.. huhuhu~

..aku ngantuk..



04 November 2012

My Precious Sunday

ohh seronoknya pagi Ahad menjelma.. my precious Sunday... hari last utk berehat2 di rumah.. golek2 dpn tv/lappy sambil snacking.. hari cuci baju.. kemas bilik.. kemas rumah.. kdg2 kalau rajin, aku masak (but the frequency is very low) hahahaha.. hari utk baca journals (what else do i do), revise my research work.. writing... writing.. hari utk tgk Merlin season 5.. Once Upon a Time season 2..  Naruto Shippuden.. ahhh seronoknya Ahad.. aku mmg type yg suka duk rumah je.. jarang aku keluar jln2 weekend (lagi pun dah tak de geng nak keluar sama2).. kalau aku keluar rumah tu maksudnya aku tgh lapar pegi cari mkn laa tu.. hehehe.. kdg2 bangun lewat... tp selalunya end up rasa menyesal sbb aku akan sakit kepala the whole day.. aku kan biasa berpagi-pagi setiap hari.. hari2 subuh aku bangun dan terus mulakan hari aku.. my biological clock akan lari kalau bgn lewat... sunday hari utk re-charge my energy for the following week.. utk lebih bersemangat lagi!!~

so, happy sunday everyone!!~ don't waste your precious sunday because it comes once a week only........

RoSeS yg sgt cantik

Nota kaki:
  • tak siap lagi progress report last month.. 
  • tgh ada mood utk writing tp dah janji nak keluar jln2..... huhuuuuu~

23 October 2012

Bila best friends dah kawen..

Lama tak update.. hehe.. banyak je perkara yang berlaku.. tp mcm nak keep it private kot.. 
Hari ni aku rasa sgt rindu dekat best friends aku.. time sekolah and uni dulu.. Sangat2 rindu nak lepak sama2.. Tp, mostly, kwn2 aku ni dah kawen.. tgl sorg je belum.. Antara ramai2 kawan2 aku, aku rasa best friend masa zaman sekolah asrama dulu laa yg paling best sekali.. Aku rasa mcm paling memahami aku, kot.. paling tau perangai aku.. Tak pun sbb sama2 mempunyai pengalaman membesar bersama, kot.. Share mcm2 benda.. suka duka.. Alahai rindunya.. Kawan uni rapat juga tp tak serapat best friend zaman sekolah laa.. 
Kwn2 uni dulu pun best gak.. best dgn cara dan gaya yg tersendiri laa..
Bila dah meningkat usia ni, kwn2 pun dah kawen, kdg2 aku rasa tak syok plak sbb dah tak boleh nak lepak sama2 mcm dulu2.. ye laa diorg dah ada family.. aku single lagi.. masih boleh sesukahati aku je... tak de commitment apa2 lagi.. Aku nak call tanya khabar pun kdg2 rasa serba salah.. takut ganggu family time mereka.. nak msg2 aku malas taip.. huhu~ dan diorg pun bukan online time aku online.. ermm.. org dah kawen ni banyak benda lain nak kena uruskan selain online mcm aku.. dgn anaknya laa.. dgn nak masaknya la.. nak membasuh bajunye laa..
Lagi satu, skrg ni masing2 dah bawa kehidupan masing2.. Ada yg kat UK further study laa (lagi la susah nak contact).. Ada kat Melaka laa.. Negeri Sembilan laa.. yg dekat Selangor pun, tak de laa nak melepak sama2 sbb dah ada family.. sobsob.. Rindu.. Rindu.. Rindu sgt kat korg!!~
Semoga ukhwah persahabatan ini berkekalan............

01 October 2012

Milky-Couple

This is super CUTE!!~




Milky-Couple from Dream High (Korean drama series)..
Cerita budak sekolah.. Antara cerita Korea yg aku suka
Ada friendship :: love :: semangat nak berjaya :: teamwork :: dan lain2.. hehe



Nota kaki: 
While waiting ethyl acetate evaporation... One last sample for today... ^_^


25 September 2012

-_-"

Tetiba rasa down...
PLUS segala macam perasaan negative..
 
Need motivations

23 September 2012

Flavonoidsss

Flavonoid tu apa??
Flavonoid tu 3 kotak hexagon kaler kuning.. hehe..


20 September 2012

smile =)



mari senyum!!!!~ 
walaupun  tak de la happy sgt
=)

Nota kaki:
Mula belajar tentang KEHIDUPAN.....
 
Kdg2 jumpa bintang... kdg2 jumpa sunny sunshine.. kdg2 jumpa ribut petir.. kdg2 jumpa pelangi indah.. kdg2 jumpa hujan.. kdg2 jumpa mendung.. kdg2 jumpa angin yang nyaman.. kdg2 jumpa banjir..
 
Jumpa laa apa2 pun.. mari kita senyum walaupun kdg2 senyum penuh gula.. kdg2 senyum pahit hempedu.. kdg2 senyum tanpa rasa...

13 September 2012

Jangan Tukar Carpet Bulu Babi - Ustaz Kazim


Satu analogi yang baik.. Suka dgr Ustaz Kazim punya ceramah..


Nota kaki:
Mari kita sama2 fikir-fikirkan...

Hari ni..

Last2 tak pegi pun jamuan raya tu sbb cam lewat sgt.. rupa2nya lepas solat Isyak.. Bdk2 ni pun cam malas je nak pegi. So, balik lab mcm biasa je.. Pegi seminar td best sbb lunch kat Marriot Hotel, Putrajaya.. The talk: so-so laa.. sbb banyak nak promote barang dia je.. Tp ok laa.. dpt jumpa contact person utk beli barang later bila nak buat next stage of experiment...






Nota kaki:
Plan smlm terlalu ambitios nampaknya.................... hahahahaha~~~