Pages

07 April 2015

Ajaibnya Cinta

Fuhhh fuhhh!!~ dah berhabuk gila purplepink diary ni.. diary la konon.. padahal pemalas nak tulis apa pun.. haha.. diary handwriting version pun aku dah malas tulis apatah lagi taip2 version ni.. hihi.. lama sgt tak tulis sebab utamanya aku mmg malas amat.. kalau dulu suka laa tulis merepek2 kat diary.. ntah apa2 laa yg aku nak tulis.. yg aku rasa.. yg aku fikirkan...

ok, enough!~ 

nak cerita pasal drama kat tv3 tajuk "Ajaibnya Cinta". Aku baru je follow citer ni.. setelah lama sgt tak follow drama siri melayu kat tv.. Ni pun sbb ter tgk kat JB kelmarin.. (balik JB last week). Cambest plak.. stroyline best, plus point lagi bila barisan pelakon2 pun best2 belaka antaranya: Shaheizy Sam, Nora Danish, Sharifah Amani, Norish Karman, Eirma Fatima, Dato' Rahim Razali and Esma Daniel.. Lagu OST dia pun best..Setting cerita pun cantik..

Cerita Ajaibnya Cinta ni pada aku lain dari yg lain laa sbb ada BANYAK pengajaran sambil2 tgk tv... sambil2 santai2, gelak2, ada banyak kata2 yg menyentuh hati ni.. banyak gak kata2 sentap.. mmg kena laa kat kita2 ni semua.. syabas aku ucapkan kat semua yg terlibat dlm pembikinan drama berkualiti ni.. kalau nak tau, jom laa follow kat tonton.. 

Sinopsis Ajaibnya Cinta, sinopsis drama TV3 Ajaibnya Cinta sambungan filem Spain Uoolss, gambar drama dan pelakon Ajaibnya Cinta, Original Sound Track OST Ajaibnya Cinta, lagu tema, lagu latar drama Ajaibnya Cinta, download OST Ajaibnya Cinta: Sa-Orang Lelaki


Ok, actually, drama ni adalah kesinambungan dari telemovie "Spain Uoolss"... aku pun tak pernah tgk sebenarnya telemovie ni.. tak pe, nanti kita cari.. hihi.. ^_^.. 

Sinopsis Ajaibnya Cinta, sinopsis drama TV3 Ajaibnya Cinta sambungan filem Spain Uoolss, gambar drama dan pelakon Ajaibnya Cinta, Original Sound Track OST Ajaibnya Cinta, lagu tema, lagu latar drama Ajaibnya Cinta, download OST Ajaibnya Cinta: Sa-Orang Lelaki

Drama bersiri Ajaibnya Cinta ni dah episod 6 laa skrg.. Ok, ni sinopsis yg aku amik kat blog org lain.. Kalau korg pun rasa citer ni best, jom la follow.. try la tgk 1 episod dulu.. tetiba aku jadi promoter plak..


Sinopsis:

Ajaibnya Cinta yang disiarkan di slot Lestary Tv3 mengisahkan Akif, Halimatun, Hammara dan Maya yang bakal menamatkan pengajian mereka di salah sebuah universiti terkemuka di Sepanyol. Namun, Hammara bakal digantung oleh pihak universiti kerana dia selalu menghilangkan diri, tidak hadir ke kelas malah tidak menduduki peperiksaan akhir. Halimatun begitu risaukan Hammara. 
Akif mengikut Hammara bertemu Maulana di perkampungan untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam. Hammara mengatakan bahawa dia mula mendapat ketenangan setelah mengenali Islam yang sebenarnya daripada Maulana. Dalam perjalanan pulang, Akif mula memikirkan kata-kata Hammara. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif berjumpa Hammara, meluahkan rasa terima kasihnya. Akif dapat mendalami ilmu agama dengan bantuan Hammara dan hidupnya berasa tenang. 
Akif turut meluahkan rasa cintanya pada Hammara. Halimatun yang mengekori Akif mula menyerang Akif dan Hammara. Halimatun patah hati lalu mengemaskan barangnya untuk segera pulang ke Malaysia. Sementara di kampung, Pak Akob mencuba pelbagai cara untuk memikat hati Mak Cun termasuk meminta bantuan Saidatul tetapi Mak Cun menolak cinta Pak Akob. Mak Cun berasa gembira apabila mendapat panggilan anak kesayangannya, Halimatun akan pulang ke Malaysia. 
Sampai saja di kampung, Halimatun memberitahu Mak Cun dia mahu bekerja di Kuala Lumpur. Hammara rasa bersalah pada Halimatun tetapi Akif mengatakan yang dia memerlukan masa untuk mengenali dirinya. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif mencari Hammara tetapi gagal. Akif pulang dengan perasaan kecewa. Datin Suzana dan Datuk Tajudin membuat parti sempena kepulangan Akif. Namun, Akif menasihati ibu dan ayahnya bahawa dia tidak sukakan majlis seperti itu dan lebih afdal sekiranya kepulangannya itu hanya diraikan dengan doa selamat saja. 
Datin Suzana dan Datuk Tajudin berasa malu di hadapan tetamu. Datin Suzana berasa malu dan kecewa dengan sikap Akif yang berubah sejak pulang dari Sepanyol. Apa yang dibuat serba tak kena di mata Akif, Akif juga menegur cara adiknya Mia yang berpakaian seksi dan menegur mereka mengenai cara bersolat. Dalam pada itu, Akif berkenalan dengan Cinta, perempuan simpanan kepada Datuk Shamsul. Cinta tertarik dengan kebaikan Akif dan meminta tolong Akif kerana dia mahu berubah. Akif berjanji akan membantunya. 
Lalu, Cinta selalu mengikut Akif dalam program agama di masjid. Cinta merasakan kehadiran Akif memberi sinaran baru dan harapan dalam hidupnya. Halimatun mula kecewa dengan kecurangan Akif. Akif memujuk Halimatun supaya mempercayai dirinya. Semakin hari, Akif mula terperangkap dengan perasaannya kerana dia mula menyayangi Cinta. Pertemuan semula dengan Hammara juga membuatkan Akif sering terlupa akan Halimatun. Akif buntu antara Halimatun, Cinta dan Hammara yang muncul dalam hidupnya. Siapakah jodoh buat Akif? Nak tahu lebih lanjut kenalah tonton Ajaibnya Cinta sampai episod akhir.
Spain Uoolss




 
Ajaibnya Cinta