Pages

24 June 2013

Layan Drama... Epilog Cinta Khirana..

Biasanya kalau drama2 ni aku layan yg pukul 7mlm je sbb masa tu tak ngantuk lagi.. drama2 malam.. pukul 9 ke atas biasanya aku tak follow sbb aku ngantuk atau layan internet.. oh lupa nak bgtau.. rumah aku ni tak de astro.. yg terang benderang adalah tv1, tv2, tv3.. kalau ntv7, tv8 tv 9 semua tu kelabu asap je.. kena adjust areal tv laa pulak.. so, by default, rumah aku mmg sentiasa buka tv3.. 

Drama slot Akasia pukul 7mlm skrg ni tak de la best sgt tp layankan jugak laa.. so boleh laa merapatkan silaturrahim antara cousin aku ni haa.. sambil2 mkn malam.. pastu, comment je.. buat skrip sendiri..hahaha..
gelak-gelak.. hahaha.. citer pukul 7mlm ni tajuk dia "Teduhan Kasih".. citer pasal seorg pempuan yg sgt lemah lembut, kena buli ngan kakak tiri, mak tiri ngan bestfriend dia.. Pastu, dengki2 laa.. cakap kasar laa.. ermm tak menepati citarasa aku pun!~~ Tak elok pun utk kanak2.. Well, tgk je la.. kalau ter"miss" one day pun tak de hal.. tak de la aku cari kat internet backdated punya episode..

Ok, nak cerita pasal drama pukul 10 mlm plak.. slot Samarinda.. dah lama aku tak layan citer belah malam2 ni.. sbb mata aku ni kdg2 pukul 9.30mlm pun dah ngantuk.... pastu tertido sampai pagi.. entah macam mana aku pun tak tau laa aku terlayan citer pukul 10mlm ni.. tajuk dia "Epilog Cinta Khirana"... masa aku first tgk citer ni bukan laa dari episode 1.. tp episode dah tgh2.. pastu terus melekat.. disebabkan aku tak berapa nak amik kisah schedule slot Samarinda ni, selalu je aku ter"miss" disebabkan various factors.. antaranya yg terpaling famous mesti laa aku tertido awal dari jangkaan.. selain tu, aku tak ingat bila waktu siarannya.. hehehe.. tetiba teringat, dah half way dah citer tu... Citer Khirana ni kalau aku terlepas, aku akan cari laa kat tonton.com... 

Siapa pelakon dia?? Watak utama.. Tasha Shila memegang watak Khirana.. Hero dia, Nazim Othman...... yg lain2 tu ada Alif Aziz, Raja Ema, Fiza dan lain2 laa.. aku pun tak tau nama sebenar pelakon2 ni.. Disebabkan cerita ni, aku jd instant fan of Nazim Othman.. ntah laa aku rasa suka sgt citer ni... Sebenarnya bukan laa first time aku tgk Nazim ni berlakon kat drama.. tp kali ni mmg menjadi laa watak dia.. Paling best..daebak!!~ Dia macho, cool, kaya.. Tasha Shila pun best gak.. dia lakonkan 2 watak.. Satu watak jahat... Satu lagi watak baik yg lemah lembut-sopan santun-perempuan melayu terakhir.. Drama ni cerita dia lain dari yg lain, kot.. sbb sekarang ni banyak sgt lambakan drama2 plot kawen paksa laa.. kawen muda belia la... intipati mesti benci gila pastu bertukar jd romantik sgt.. bosan dah laa citer mcm ni.. tak thrill laa.. Citer Epilog Cinta Khirana ni tak de laa jiwang2 sgt.. tak de pun ayat2 romantis.. ke sweet ke apa.. tp perasaan tu menusuk jiwa.. chewah!!~

Sebenarnya cerita ni adaptasi dari novel "Mencari Jalan Ke Syurga".. Novel lama.. Disebabkan kegilaan aku dgn drama ni, aku usaha nak cari juga novel dia.. aku cari kat MPH Mid Valley.. tak de... kat Popular and MPH One Utama pun tak de gak.. ermm.. last option may be nak beli online je kot.. tp aku tak suka sgt beli online ni sbb dpt lewat.. ermm address mesti laa rumah aku yg kat JB tu.. kalau bagi alamat rumah sewa, sape nak tolong terima parcel.. nak bagi address lab?? huhu....

Oooohhh.. esok adalah episode last Epilog Cinta Khirana ni.. huhuu.. td iklan utk last episode, si kakak ipar Khirana tikam.. tak tau tikam Khirana ke Shahrul (Nazim Othman).. sob.. sob.. sedihnya.. sedihnya.. sedihnya.. diorg baru je nikah td..




 
Khirana


 
Shahrul

Sinopsis yg di copy-and-paste:-
Pada 2 tahun lepas, sebuah kemalangan jalan raya telah meragut nyawa Dato’ Shamsul Ariffin. Khirana yang turut bersama dengannya cedera parah dan koma selama 2 tahun. Selepas dia sedar dari koma, dia telah hilang ingatannya. Kini, dia mulakan kehidupan baru dan bekerja di sebuah butik. 

Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan, adik kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin terkejut apabila terserempak dengan Khirana yang terselamat daripada kemalangan maut itu. Shahrul Azwan telah mempergunakan Eugene untuk menyakiti hati Khirana. Shahrul Azwan yang memerhatikan tingkah laku Khirana berasa pelik dengan personaliti Khirana yang jauh berbeza dengan apa yang dia bayangkan. Dia menganggap bahawa Khirana hanya berpura-pura dan merahsiakan sikapnya yang sebenar. 

Justeru, Shahrul Azwan telah memasang perangkap untuk membawa Khirana ke sebuah hotel. Di sana, dia cuba merogol Khirana tetapi hanya mahu menakutkannya. Shahrul Azwan tersentak dengan tindakan Khirana yang berdoa meminta pertolongan Tuhan. Malu dengan perbuatannya, dia bergegas keluar meninggalkan Khirana menangis sendirian di bilik hotel. 

Pada masa yang sama, kesihatan isteri kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin, Zulaikha semakin merosot. Sebenarnya Zulaikha masih hidup dalam dunia khayalannya dan menganggap suaminya masih ada di sisinya. Dia berpura-pura untuk menjadi normal apabila bersama keluarga tetapi apabila dia bersendirian, dia mula menunjukkan gangguan emosi yang tidak menentu. 

Suatu hari, Khirana telah menggunakan jalan pintas ke perhentian bas sewaktu pulang lewat dari kerja. Tanpa diduga, dia dihalang oleh tiga lelaki yang sedang menunggunya. Tiba-tiba, Shahrul Azwan muncul bersama motosikal berkuasa tingginya telah merempuh ketiga-tiga lelaki tersebut.  Khirana mula keliru dengan niat sebenar lelaki itu.  Kadang-kala dia muncul semata-mata untuk menyakiti hatinya dan hari ini pula dia telah menyelamatkan dia.  

Khirana mula merasakan ada sesuatu tentang sejarah silamnya yang mengundang pelbagai persoalan.  Dia mendesak Ros Azura dan Rozanna untuk menceritakan kisah silamnya dan apakah hubungannya dengan Datuk Shamsul Ariffin yang pernah disebut oleh Shahrul Azwan. Rozanna dengan tidak sengaja telah membuka kisah silam dirinya yang tidak seindah yang disangkakannya.  Khirana merupakan bekas model yang sanggup melakukan apa saja demi wang, malah dia juga seorang pemabuk dan penggoda.   Yang paling mengejutkannya, Dato’ Shamsul Ariffin terkorban dalam kemalangan dua tahun lepas.  Sejauh mana hubungannya dengan Dato’ Shamsul masih menjadi rahsia.  

Shahrul Azwan mempersoalkan  adiknya, Sharqir Ikhwan tentang wang syarikat yang lesap dan menuduh adiknya yang bertanggungjawab. Sharqir Ikhwan tegas menafikannya.  Malah Sharqir Ikhwan juga mengingatkan Shahrul Azwan agar tidak lupa pada dendamnya terhadap Khirana. Sharqir Ikhwan mengaku telah memulakan langkahnya untuk ke arah itu.  Shahrul Azwan sudah mengesyaki kejadian Khirana diganggu tempoh hari adalah perbuatan adiknya sendiri.

Khirana bersemuka dengan Shahrul Azwan untuk menyelesaikan persoalan di antara mereka.  Dia mengaku bahawa kemungkinan besar dia memang mengenali arwah abangnya namun dia sendiri tidak tahu sejauh mana hubungan tersebut selagi ingatannya tidak kembali.  Shahrul Azwan ingin bersikap adil.  Dia menawarkan dirinya untuk membantu Khirana merawat penyakitnya sehingga pulih.  Khirana tidak ada pilihan lain selain menerima tawaran tersebut demi untuk membersihkan namanya. Apakah kebenaran akhirnya akan terbongkar? 

p/s: ok, sila la pakai mask.. minum air banyak2 musim2 jerebu ni.. See u tomorrow Khirana, InsyaAllah....