Dua perkara yang sering kita lupa ialah kesihatan dan masa lapang. Ini disebutkan oleh Rasulullah :
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ) رواه
البخاري
“Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi Sallahu’alaihiwasallam bersabda : Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia. Nikmat sihat dan masa lapang”
[Riwayat Imam alBukhari]
**************************************************************************
1- Nikmat sihat
Nikmat yang selalu sgt kita lupa adalah nikmat sihat tubuh badan.. sbb kita rasa mcm biasa je, kan.. tp kita akan ingat nikmat sihat ni once kita sakit.. So, sebelum sakit ni, kena laa beringat selalu.. sentiasa rasa syukur diberi kesihatan yang baik.. Kena jaga kesihatan..
Td aku pegi kelas mengaji ngan kwn2.. Ustazah bgtau yg dia nak operate lutut dia sbb dah sakit sgt.. date je belum confirm lagi. Nanti bila ustazah buat operation, ada ustazah lain yg ganti.. Aku pun tny laa ustazah.. apa penyebab dia sakit kaki.. Ustazah bagitau, dia pun tak sedar apa puncanya.. Mula2 dia sakit sikit2 je.. Bila mkn ubat tahan sakit, dia baik.. Tp bila dah lama2, ubat tu pun tak jalan dah.. Ustazah pilih utk buat operation.. Ustazah aku diuji dgn sakit sendi masa tua.. Aku?? Anda?? Kamu?? Kita?? ntah laa tak tau lagi apa bentuk ujian kita nanti..
Lagi contoh pasal melupakan nikmat sihat..
Situasi: Masa sihat, malas nak gosok gigi.. bila dah sakit gigi, baru laa terasa hilangnya nikmat masa gigi sihat.. hehe.. selingan contoh yg paling simple.. yg paling kita buat remeh.. :p
Walaupun kita dah merawat penyakit kita tu.. tp bila Allah dah tarik nikmat sihat tu.. The healthy condition yg kita rasa tak akan sama seperti condition kita semasa sebelum sakit.
2- Nikmat masa lapang
Lagi satu nikmat yg dikatakan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w yg sering dilupakan adalah nikmat masa lapang.. Masa lapang diisi dgn benda tak berfaedah.. Bila tiba masa sempit, baru laa gelabah.. baru ingat masa lapang yg dah berlalu tersebut.
Contoh: Masa lapang sepanjang hidup didunia ni buat benda2 lagho.. Bila dah tiba masa sempit.. (masa nak meniggal, contohnya).. Baru laa rasa rugi tak isi masa lapang tersebut dgn berbuat ibadah dan juga buat perkara2 yg bermanfaat.
Nota kaki:
Syukurilah nikmat bebas dan aman sejahtara sepanjang kita hidup di Malaysia bumi bertuah ini..
Pertahankanlah nikmat yang satu ini...
No comments:
Post a Comment