Pages

07 April 2015

Ajaibnya Cinta

Fuhhh fuhhh!!~ dah berhabuk gila purplepink diary ni.. diary la konon.. padahal pemalas nak tulis apa pun.. haha.. diary handwriting version pun aku dah malas tulis apatah lagi taip2 version ni.. hihi.. lama sgt tak tulis sebab utamanya aku mmg malas amat.. kalau dulu suka laa tulis merepek2 kat diary.. ntah apa2 laa yg aku nak tulis.. yg aku rasa.. yg aku fikirkan...

ok, enough!~ 

nak cerita pasal drama kat tv3 tajuk "Ajaibnya Cinta". Aku baru je follow citer ni.. setelah lama sgt tak follow drama siri melayu kat tv.. Ni pun sbb ter tgk kat JB kelmarin.. (balik JB last week). Cambest plak.. stroyline best, plus point lagi bila barisan pelakon2 pun best2 belaka antaranya: Shaheizy Sam, Nora Danish, Sharifah Amani, Norish Karman, Eirma Fatima, Dato' Rahim Razali and Esma Daniel.. Lagu OST dia pun best..Setting cerita pun cantik..

Cerita Ajaibnya Cinta ni pada aku lain dari yg lain laa sbb ada BANYAK pengajaran sambil2 tgk tv... sambil2 santai2, gelak2, ada banyak kata2 yg menyentuh hati ni.. banyak gak kata2 sentap.. mmg kena laa kat kita2 ni semua.. syabas aku ucapkan kat semua yg terlibat dlm pembikinan drama berkualiti ni.. kalau nak tau, jom laa follow kat tonton.. 

Sinopsis Ajaibnya Cinta, sinopsis drama TV3 Ajaibnya Cinta sambungan filem Spain Uoolss, gambar drama dan pelakon Ajaibnya Cinta, Original Sound Track OST Ajaibnya Cinta, lagu tema, lagu latar drama Ajaibnya Cinta, download OST Ajaibnya Cinta: Sa-Orang Lelaki


Ok, actually, drama ni adalah kesinambungan dari telemovie "Spain Uoolss"... aku pun tak pernah tgk sebenarnya telemovie ni.. tak pe, nanti kita cari.. hihi.. ^_^.. 

Sinopsis Ajaibnya Cinta, sinopsis drama TV3 Ajaibnya Cinta sambungan filem Spain Uoolss, gambar drama dan pelakon Ajaibnya Cinta, Original Sound Track OST Ajaibnya Cinta, lagu tema, lagu latar drama Ajaibnya Cinta, download OST Ajaibnya Cinta: Sa-Orang Lelaki

Drama bersiri Ajaibnya Cinta ni dah episod 6 laa skrg.. Ok, ni sinopsis yg aku amik kat blog org lain.. Kalau korg pun rasa citer ni best, jom la follow.. try la tgk 1 episod dulu.. tetiba aku jadi promoter plak..


Sinopsis:

Ajaibnya Cinta yang disiarkan di slot Lestary Tv3 mengisahkan Akif, Halimatun, Hammara dan Maya yang bakal menamatkan pengajian mereka di salah sebuah universiti terkemuka di Sepanyol. Namun, Hammara bakal digantung oleh pihak universiti kerana dia selalu menghilangkan diri, tidak hadir ke kelas malah tidak menduduki peperiksaan akhir. Halimatun begitu risaukan Hammara. 
Akif mengikut Hammara bertemu Maulana di perkampungan untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam. Hammara mengatakan bahawa dia mula mendapat ketenangan setelah mengenali Islam yang sebenarnya daripada Maulana. Dalam perjalanan pulang, Akif mula memikirkan kata-kata Hammara. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif berjumpa Hammara, meluahkan rasa terima kasihnya. Akif dapat mendalami ilmu agama dengan bantuan Hammara dan hidupnya berasa tenang. 
Akif turut meluahkan rasa cintanya pada Hammara. Halimatun yang mengekori Akif mula menyerang Akif dan Hammara. Halimatun patah hati lalu mengemaskan barangnya untuk segera pulang ke Malaysia. Sementara di kampung, Pak Akob mencuba pelbagai cara untuk memikat hati Mak Cun termasuk meminta bantuan Saidatul tetapi Mak Cun menolak cinta Pak Akob. Mak Cun berasa gembira apabila mendapat panggilan anak kesayangannya, Halimatun akan pulang ke Malaysia. 
Sampai saja di kampung, Halimatun memberitahu Mak Cun dia mahu bekerja di Kuala Lumpur. Hammara rasa bersalah pada Halimatun tetapi Akif mengatakan yang dia memerlukan masa untuk mengenali dirinya. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif mencari Hammara tetapi gagal. Akif pulang dengan perasaan kecewa. Datin Suzana dan Datuk Tajudin membuat parti sempena kepulangan Akif. Namun, Akif menasihati ibu dan ayahnya bahawa dia tidak sukakan majlis seperti itu dan lebih afdal sekiranya kepulangannya itu hanya diraikan dengan doa selamat saja. 
Datin Suzana dan Datuk Tajudin berasa malu di hadapan tetamu. Datin Suzana berasa malu dan kecewa dengan sikap Akif yang berubah sejak pulang dari Sepanyol. Apa yang dibuat serba tak kena di mata Akif, Akif juga menegur cara adiknya Mia yang berpakaian seksi dan menegur mereka mengenai cara bersolat. Dalam pada itu, Akif berkenalan dengan Cinta, perempuan simpanan kepada Datuk Shamsul. Cinta tertarik dengan kebaikan Akif dan meminta tolong Akif kerana dia mahu berubah. Akif berjanji akan membantunya. 
Lalu, Cinta selalu mengikut Akif dalam program agama di masjid. Cinta merasakan kehadiran Akif memberi sinaran baru dan harapan dalam hidupnya. Halimatun mula kecewa dengan kecurangan Akif. Akif memujuk Halimatun supaya mempercayai dirinya. Semakin hari, Akif mula terperangkap dengan perasaannya kerana dia mula menyayangi Cinta. Pertemuan semula dengan Hammara juga membuatkan Akif sering terlupa akan Halimatun. Akif buntu antara Halimatun, Cinta dan Hammara yang muncul dalam hidupnya. Siapakah jodoh buat Akif? Nak tahu lebih lanjut kenalah tonton Ajaibnya Cinta sampai episod akhir.
Spain Uoolss




 
Ajaibnya Cinta

03 November 2014

Detik pertama menjadi ibu

Hello UM!!~ Hari ni adalah hari pertama aku pegi UM lepas cuti 3 bulan... cuti bersalin katanya.. huhu.. patutnye 2 bulan je cuti. tp aku balik cuti awal.. konon2 takut terberanak awal.. kat sini aku sensorg.. family jauh.. husband pun jauh gak.. hihihi.. Masa minggu2 terakhir pregnancy mmg aku dah sarat sgt dan tak berapa larat nak buat labwork pun.. Mood dah merundum.. So, bila ada je mild contraction, aku pun gelabah nak balik JB awal.. hihihi.. mana la tau.. tak de pengalaman.. Perasaan beranak sensorg kat KL tu laa yg aku tak suka..

Last2 aku bersalin tepat pada expected due date iaitu pada 6hb Sep 2014.. Alhamdulillah.. Perasaan aku bila menunggu saat2 kelahiran tu.. bila dah minggu ke-38 and ke-39.. aku dah start gelabah sebab tak bersalin lagi.. Takut gak lewat bersalin, org kata kena czer laa.. takut baby mature sgt laa.. mcm2 komplikasi laa.. Mana laa aku tak gelabah, dah nak due date pun aku masih tak de rasa nak beranak pun.. tak de rasa contraction pun.. Apa2 pun, alhamdulillah semuanya dah selamat pun.. Aku start rasa mild contraction pada awal pagi 6hb Sep tu dlm pukul 1 pagi kot.. Tp pergi hospital pukul 7 pagi dan melahirkan puteri aku yg comel tu pada pukul 3.52 ptg.. Berat baby 3.24 kg...Nama baby aku: Noor Khaliesa Zahra Binti Mohamed Bahtiar... Maksud nama dia:  Cahaya yg jujur yg berseri..

Masa berpantang aku buat apa kat rumah? hihi.. pulihkan diri sendiri dan jaga baby je laa.. aku tak fikir pasal lab pun.. tak baca journal pun.. Banyak tgk tv.. layan internet.. memula tu bosan gak laa life mcm tu.. Dah la tak boleh pegi jln2.. duk rumah je.. Nama pun berpantang.. Mandi kena air panas, tak boleh minum air sejuk.. ice lagi laa NEHI.. Makan pun makanan org berpantang.. Nasib la rumah ada astro.. ada mcm2 channel yg boleh tgk.. Lama2 syiok gak duk rumah.. Jaga baby paling best.. memula tu mmg kekok laa nak cuci najis, mandikan dia.. pakaikan baju.. susukan.. tidurkan.. Lama2 jadi best plak.. Lepas abis pantang, baby dah pandai mengagah sikit2.. mmg cute je.. Dah semangat dah dia.. Aku pun sempat habiskan satu novel "Lautan dihujung lorong".. Cerita mengarut.. Nape laa aku bawa novel ni balik JB. Padahal banyak je lagi novel yg lagi best yg lum baca tinggal kat rumah sewa.. huhu..

Al-kisah baby aku.. minggu pertama lepas kelahiran dia, kitorg risau pasal kuning dia.. Lepas lahir, dia ada sikit kuning.. Tak de laa kena admitted ke apa.. Cuma kalau tak jaga, boleh naik gak level kuning tu.. Siap jemur sekejap pagi2.. Minggu kedua plak, tahi mata banyak laa sgt.. rimas aku!!~ Minggu ke-3, Selsema and batuk.. kesian dia.. Rupanya mandi awal pagi sgt, dia sejuk.. malam pun mandi juga.. so skrg, tak mandi malam, just lap2 je... Minggu ke-4 plak, naik ruam yg teruk.. kat badan, kat pipi.. Tp dah sapu losyen sudo cream kat badan, dah ok.. kat pipi dia letak baby oil, pun dah ok dah.. Alhamdulillah.. 

Sekarang ni, Khaliesa suka gigit jari tangan kanan dia.. abis basah mitten tu.. bagi puting tak nak.. aku pun tak faham.. Tak kan nak tumbuh gigi, kan.. hahah.. Sekarang dah pandai beremosi.. kalau bagi susu lambat, dia merajuk.. sambil minum susu tu sambil membebel.. Ahh tak reti nak explain.. Kadang2 tu, sambil menyusu, time tu laa nak mengeliat sama.. (anak aku kuat mengeliat), time tu juga laa nak yak yak.. haha.. padahal tgh menyusu tu.. merah2 muka dia meneran.. pastu sambung menyusu.. Rindu my baby!!~

Sekarang ni asyik beli barang baby je.. Lepas abis pantang, baru la boleh keluar rumah jalan2.. baru laa aku ngan husband dapat pegi beli stroller and car seat.. Mahal gak dua2 benda ni.. Ada yg cecah ribu, kot.. tp ktorg beli ikut kemampuan je laa.. tu pun pakai duit kumpul2 org kasi.. Ada laa rezeki sikit.. Yg paling pening kepala adalah cari stroller yg worth buy.. Yg best mesti laa yg mahal amat.. lebih budget kami.. Tp nak gak cari yg baik sikit utk si little princess suit our budget.. Ciri2 utama, stroller tu mesti boleh recline abis sbb baby kena baring.. Pastu nak yg reversable handle.. aku suka feature ni sbb boleh baby masa tolak stroller.. meaning baby facing kita.. bila dah besar sikit baru la boleh face out tgk org sekeliling.. Next, nak cari yg full coverage canopy... so bila dia tido boleh tutup abis, adjustable handle, big basket, 5-point safety harness, span pelapik yg best.. Di akhir pencarian, ktorg beli stroller capella cony.. warna wine... Harga before less RM1199 (tgk kat website dia), lepas less dpt RM750. ok laa tu utk memenuhi spec yg aku nak.. Setakat ni, dah bawa pegi shopping mall, pegi makan2.. mmg puas hati sangat.. ^_^


Lepas pantang kena datang UM utk sambung siapkan experiment aku.. Masa dalam pantang kelmarin, paper transcriptome aku finally dah accepted kat BMC Genomics.. Alhamdulillah.. syukur.. Erm kena ada lagi 1 paper utk grad.. Ni laa experiment yg kena siapkan utk paper lagi satu.. kena usaha lebih sikit.. Ada driving force utk siapkan experiment.. Kawan2 yg baca blog aku ni.. walaupun anda tak mengenali diriku ini.. doakan kejayaan saya ye.. Terima kasih ^_^

13 March 2014

Surah at-Taubah

Dlm al-qur'an ada 114 surah, semuanya ada "Bismillah" di awal surah KECUALI surah at-Taubah... Hukumnya HARAM kalau baca "Bismillah" kerana surah ini diturunkan ketika perang.. even kalau kita dah stop and nak sambung semula bacaan dlm surah tu pun tak boleh baca dgn "bismillah".. cukup sekadar baca "a'uzubillahiminassyaitonirrojim....." Mungkin org lain dah lama tau.. tp aku baru tau tadi.. tu pun sbb join kelas mengaji Ustazah Rokiah... Alhamdulillah hari ni ktorg dah msk juz 10.. Semoga Ustazah diberi kesihatan yg baik.. diberkati hidupnya dan pahala yg banyak sbb ajar ktorg.. Ini la hikmah lambat habis phD kat UM.. hihihi... dpt belajar tajwid.. cara sebutan yg betul.. bacaan yg betul.. melancarkan bacaan...

23 February 2014

Nostalgia Jambu Batu..

Setiap kali kalau beli jambu batu letak asam boi, aku mesti teringat masa zaman sekolah dulu.. 
Nostalgia sungguh.. aku dulu sekolah berasrama penuh kat Kuala Pilah..
Aku join Kelab Usahawan Muda.. Aku suka join kelab ni walaupun kdg2 akan mengorbankan masa weekend aku utk masak burger.. panas woo.. atau waktu2 after prep malam utk siapkan kad2 comel utk dihantar kepada org2 tertentu especially musim2 exam... hihi.. memori sungguh!!~

Seronok tau.. Tapi yg paling aku tak lupa ialah jual jambu batu asam boi setiap sabtu/ahad kat aspuri.. Masa tu aku form 4.. Dlm kelab tu masa tahun tu, ktorg dah dibahagi2 kepada group2 tertentu dan group aku buat jualan jambu batu.. Kitorg masa tu ada 4 org.. 3 daripada nya adalah kawan2 kelas aku.. lagi sorg tu merangkap ketua laa dia senior setahun tp dia la yg paling tak menyumbang langsung.. tak menolong langsung!!~ 

So, setiap Jumaat je ktorg akan pastikan dah beli jambu dari sorg Cikgu.. pastu bawa balik hostel, pegi buang kulit dia pakai sudu.. hihi.. pastu rendam semalaman sbb nak kasi lembut.. esoknya hari Sabtu, pagi2 lagi ktorg bertiga akan potong2, buang biji and last step pegi la setiap tingkat aspuri utk jual.. Jualan ktorg tu mmg dinanti2 kan.. huhu.. biasa laa bdk asrama mmg selalu lapar... Kdg2 tu, siap tempah lagi.. tang asam boi tu ktorg tak kedekut pun.. letak la banyak mana yg diorg nak.. sbb ktorg memahami nafsu nafsi diorg.. haha.. alaa bukan mahal sgt pun serbuk asam tu.. Pendek kata, mmg jambu ktorg menjadi rebutan laa.. hihi.. Seronok tgk org beli jualan kita...

End of the year, untung yg ktorg dpt tu pun dibahagi2kan kepada ahli kumpulan.. Seronok dpt duit penat lelah masa tu... Banyak gak duit terkumpul masa tu... Tak ingat dah aku beli apa dgn duit tu..  ^_^

27 January 2014

Tak sihat

Sesunggahnya kesihatan yg baik itu NIKMAT yg sering dilupakan..
Kdg2, bila kita sihat, kita rasa mcm tak de apa2 pun.... relax je...
Kdg2 kita bazirkan kesihatan kita dgn buat perkara2 yg tak berfaedah..
sbb.. kita tak rasa apa2 kerugian pun.. sbb semuanya seems to be normal..
TAPI, bila kita ditimpa sakit sekali sekala, baru laa terasa NIKMAT yg hilang itu...
kita tak boleh buat ni... tak boleh buat itu.. semuanya terbatas.. pergerakan terbatas.. emosi tak stabil..
tp masa kita sakit, kena selalu ingat pada Allah.. sbb Allah ada dekat bersama2 org yg sakit..
sbb tu laa kalau nak jumpa Allah, ziarah lah org yg sakit sbb Allah ada bersama2 mereka..
Masa sakit, Allah hapuskan dosa2 kita walaupun hanya kita tercucuk jari dgn jarum yg tajam...
of coz kita kena bersabar... key point dia adalah SABAR.....

Aku sekarang ni tak de la sakit teruk2.. cuma badan aku ni asyik angin je..
especially bila malam.. dah la skrg ni malam sgt sejuk..
tak tahan sejuk.. kena pakai stokin... tak pakai stokin lagi laa angin badan aku ni..
bila kena serangan angin, kdg2 rasa mcm nak muntah.. sbb angin tak mo keluar...
silap makan sikit, angin... especially sayur... aku dah naik fobia mkn sayur..
tak boleh makan pedas2..... so, lauk aku sgt laa plain...
aku kena remind diri sendiri... key point dia.. kena SABAR...
Allah nak bagi sesuatu yg baik... so, kena la sabar sikit.... think positive.. Allah nak hapuskan dosa2..
Best kan, sebenarnya... ^_^
Org Islam ni, buat apa pun bagus..
bila ditimpa kesusahan maka dia bersabar, dpt pahala... bila diberi kesenangan maka dia bersyukur pun dpt pahala...
Semoga kita jadikan dunia ni ladang pahala kita.. Supaya dpt dijadikan bekalan di akhirat yg kekal abadi nanti...

Time2 badan tak sihat mcm ni, rasa nak balik JB......

Isu Fesbuk

Hi.. lama tak tulis kat sini..
Saja nak tulis nak meluahkan perasaanku disini..
Bosan dah dgn fesbuk sbb semua kwn2 aku dah jadi peniaga...
Penat nak tgk status jual barang mereka itu..
Mcm2 jualan.. Tp yg paling banyak adalah Shaklee tu laa..
Hampir semua status pasal Shaklee....
Hampir semua kawan aku jual benda ni...

Tu belum lagi iklan2 sampingan yang turut menyemakkan wall aku..
Fesbuk ni dah jadi medan utk meniaga nampaknya..
Kdg2 benda yg sama di upload setiap hari.. rasa nak muntah aku...
Disebabkan tak tahan sgt, ada juga yg aku terpaksa click butang "hide/unfollow" selamanya..
Ok, tak salahkan diorg pun nak berniaga.. tp aku je yg rasa menyemak tgk update barang2 niagaan itu..
Hoh!!~ Ntah2 satu hari nnt aku pun join the circle meniaga juga..
Kalau tak meniaga, berita2 sensasi yg kdg2 meragukan je sumbernya..
Pastu ramai plak tu yg share link berita tersebut..
Kdg2 aku pun terjebak utk membacanya..
Mula2 beritanya begini.. kemudian, beberapa hari lepas tu begini pula ceritanya (kata berita yg previously tu salah.. yg sekarang ni la baru yg betul)
Sape2 ntah yg menulis berita skrg ni..
Aku pun kdg2 keliru dgn apa yg dibaca.. betul ke.. atau fitnoh semata.. huhu~

Ok, sekian bebelan utk hari ini.. mari sambung siapkan report!!!!!!~

24 June 2013

Layan Drama... Epilog Cinta Khirana..

Biasanya kalau drama2 ni aku layan yg pukul 7mlm je sbb masa tu tak ngantuk lagi.. drama2 malam.. pukul 9 ke atas biasanya aku tak follow sbb aku ngantuk atau layan internet.. oh lupa nak bgtau.. rumah aku ni tak de astro.. yg terang benderang adalah tv1, tv2, tv3.. kalau ntv7, tv8 tv 9 semua tu kelabu asap je.. kena adjust areal tv laa pulak.. so, by default, rumah aku mmg sentiasa buka tv3.. 

Drama slot Akasia pukul 7mlm skrg ni tak de la best sgt tp layankan jugak laa.. so boleh laa merapatkan silaturrahim antara cousin aku ni haa.. sambil2 mkn malam.. pastu, comment je.. buat skrip sendiri..hahaha..
gelak-gelak.. hahaha.. citer pukul 7mlm ni tajuk dia "Teduhan Kasih".. citer pasal seorg pempuan yg sgt lemah lembut, kena buli ngan kakak tiri, mak tiri ngan bestfriend dia.. Pastu, dengki2 laa.. cakap kasar laa.. ermm tak menepati citarasa aku pun!~~ Tak elok pun utk kanak2.. Well, tgk je la.. kalau ter"miss" one day pun tak de hal.. tak de la aku cari kat internet backdated punya episode..

Ok, nak cerita pasal drama pukul 10 mlm plak.. slot Samarinda.. dah lama aku tak layan citer belah malam2 ni.. sbb mata aku ni kdg2 pukul 9.30mlm pun dah ngantuk.... pastu tertido sampai pagi.. entah macam mana aku pun tak tau laa aku terlayan citer pukul 10mlm ni.. tajuk dia "Epilog Cinta Khirana"... masa aku first tgk citer ni bukan laa dari episode 1.. tp episode dah tgh2.. pastu terus melekat.. disebabkan aku tak berapa nak amik kisah schedule slot Samarinda ni, selalu je aku ter"miss" disebabkan various factors.. antaranya yg terpaling famous mesti laa aku tertido awal dari jangkaan.. selain tu, aku tak ingat bila waktu siarannya.. hehehe.. tetiba teringat, dah half way dah citer tu... Citer Khirana ni kalau aku terlepas, aku akan cari laa kat tonton.com... 

Siapa pelakon dia?? Watak utama.. Tasha Shila memegang watak Khirana.. Hero dia, Nazim Othman...... yg lain2 tu ada Alif Aziz, Raja Ema, Fiza dan lain2 laa.. aku pun tak tau nama sebenar pelakon2 ni.. Disebabkan cerita ni, aku jd instant fan of Nazim Othman.. ntah laa aku rasa suka sgt citer ni... Sebenarnya bukan laa first time aku tgk Nazim ni berlakon kat drama.. tp kali ni mmg menjadi laa watak dia.. Paling best..daebak!!~ Dia macho, cool, kaya.. Tasha Shila pun best gak.. dia lakonkan 2 watak.. Satu watak jahat... Satu lagi watak baik yg lemah lembut-sopan santun-perempuan melayu terakhir.. Drama ni cerita dia lain dari yg lain, kot.. sbb sekarang ni banyak sgt lambakan drama2 plot kawen paksa laa.. kawen muda belia la... intipati mesti benci gila pastu bertukar jd romantik sgt.. bosan dah laa citer mcm ni.. tak thrill laa.. Citer Epilog Cinta Khirana ni tak de laa jiwang2 sgt.. tak de pun ayat2 romantis.. ke sweet ke apa.. tp perasaan tu menusuk jiwa.. chewah!!~

Sebenarnya cerita ni adaptasi dari novel "Mencari Jalan Ke Syurga".. Novel lama.. Disebabkan kegilaan aku dgn drama ni, aku usaha nak cari juga novel dia.. aku cari kat MPH Mid Valley.. tak de... kat Popular and MPH One Utama pun tak de gak.. ermm.. last option may be nak beli online je kot.. tp aku tak suka sgt beli online ni sbb dpt lewat.. ermm address mesti laa rumah aku yg kat JB tu.. kalau bagi alamat rumah sewa, sape nak tolong terima parcel.. nak bagi address lab?? huhu....

Oooohhh.. esok adalah episode last Epilog Cinta Khirana ni.. huhuu.. td iklan utk last episode, si kakak ipar Khirana tikam.. tak tau tikam Khirana ke Shahrul (Nazim Othman).. sob.. sob.. sedihnya.. sedihnya.. sedihnya.. diorg baru je nikah td..




 
Khirana


 
Shahrul

Sinopsis yg di copy-and-paste:-
Pada 2 tahun lepas, sebuah kemalangan jalan raya telah meragut nyawa Dato’ Shamsul Ariffin. Khirana yang turut bersama dengannya cedera parah dan koma selama 2 tahun. Selepas dia sedar dari koma, dia telah hilang ingatannya. Kini, dia mulakan kehidupan baru dan bekerja di sebuah butik. 

Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan, adik kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin terkejut apabila terserempak dengan Khirana yang terselamat daripada kemalangan maut itu. Shahrul Azwan telah mempergunakan Eugene untuk menyakiti hati Khirana. Shahrul Azwan yang memerhatikan tingkah laku Khirana berasa pelik dengan personaliti Khirana yang jauh berbeza dengan apa yang dia bayangkan. Dia menganggap bahawa Khirana hanya berpura-pura dan merahsiakan sikapnya yang sebenar. 

Justeru, Shahrul Azwan telah memasang perangkap untuk membawa Khirana ke sebuah hotel. Di sana, dia cuba merogol Khirana tetapi hanya mahu menakutkannya. Shahrul Azwan tersentak dengan tindakan Khirana yang berdoa meminta pertolongan Tuhan. Malu dengan perbuatannya, dia bergegas keluar meninggalkan Khirana menangis sendirian di bilik hotel. 

Pada masa yang sama, kesihatan isteri kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin, Zulaikha semakin merosot. Sebenarnya Zulaikha masih hidup dalam dunia khayalannya dan menganggap suaminya masih ada di sisinya. Dia berpura-pura untuk menjadi normal apabila bersama keluarga tetapi apabila dia bersendirian, dia mula menunjukkan gangguan emosi yang tidak menentu. 

Suatu hari, Khirana telah menggunakan jalan pintas ke perhentian bas sewaktu pulang lewat dari kerja. Tanpa diduga, dia dihalang oleh tiga lelaki yang sedang menunggunya. Tiba-tiba, Shahrul Azwan muncul bersama motosikal berkuasa tingginya telah merempuh ketiga-tiga lelaki tersebut.  Khirana mula keliru dengan niat sebenar lelaki itu.  Kadang-kala dia muncul semata-mata untuk menyakiti hatinya dan hari ini pula dia telah menyelamatkan dia.  

Khirana mula merasakan ada sesuatu tentang sejarah silamnya yang mengundang pelbagai persoalan.  Dia mendesak Ros Azura dan Rozanna untuk menceritakan kisah silamnya dan apakah hubungannya dengan Datuk Shamsul Ariffin yang pernah disebut oleh Shahrul Azwan. Rozanna dengan tidak sengaja telah membuka kisah silam dirinya yang tidak seindah yang disangkakannya.  Khirana merupakan bekas model yang sanggup melakukan apa saja demi wang, malah dia juga seorang pemabuk dan penggoda.   Yang paling mengejutkannya, Dato’ Shamsul Ariffin terkorban dalam kemalangan dua tahun lepas.  Sejauh mana hubungannya dengan Dato’ Shamsul masih menjadi rahsia.  

Shahrul Azwan mempersoalkan  adiknya, Sharqir Ikhwan tentang wang syarikat yang lesap dan menuduh adiknya yang bertanggungjawab. Sharqir Ikhwan tegas menafikannya.  Malah Sharqir Ikhwan juga mengingatkan Shahrul Azwan agar tidak lupa pada dendamnya terhadap Khirana. Sharqir Ikhwan mengaku telah memulakan langkahnya untuk ke arah itu.  Shahrul Azwan sudah mengesyaki kejadian Khirana diganggu tempoh hari adalah perbuatan adiknya sendiri.

Khirana bersemuka dengan Shahrul Azwan untuk menyelesaikan persoalan di antara mereka.  Dia mengaku bahawa kemungkinan besar dia memang mengenali arwah abangnya namun dia sendiri tidak tahu sejauh mana hubungan tersebut selagi ingatannya tidak kembali.  Shahrul Azwan ingin bersikap adil.  Dia menawarkan dirinya untuk membantu Khirana merawat penyakitnya sehingga pulih.  Khirana tidak ada pilihan lain selain menerima tawaran tersebut demi untuk membersihkan namanya. Apakah kebenaran akhirnya akan terbongkar? 

p/s: ok, sila la pakai mask.. minum air banyak2 musim2 jerebu ni.. See u tomorrow Khirana, InsyaAllah....