Pages

12 September 2012

Esok

Esok adalah hari  yg super busy, aku rasa..
Oleh sebab itu, aku akan berusaha utk sampai lab pkl 7:40 am atau 7:50 am laa paling lewat pun..

  1.  Rinse flat bottom flask 6 biji utk digunakan ptg nanti
  2. Kena sedia kan sample2 utk cik Fina tolong aku menimbang sample stress experiment.
  3. Sediakan sekali sample utk cik Fina tolong grind utk aku.. SEBAB~
  4. 8:15 am aku kena gerak pegi Putrajaya for "Plant [tak ingat] Seminar".. huhu~
    • kata kwn aku yg tolong registerkan aku td.. seminar ni ada invited speaker from Germany..
    • it's all about Next Generation Sequencing technology thing and also real-time PCR by Applied Biosystem which is important for me coz tak sempat utk register real-time PCR workshop kat UM hari tu (sgt rugi tak dpt join coz only for 30 students je) .. So, I guess esok boleh laa update my knowledge on these matters, kan.. Eventhough tak mungkin sehebat real-time PCR workshop kat UM tu..
  5. Seminar habis pkl 2 pm.. Aku budget sampai UM pukul 3 pm kot.. (aku ada 4 jam b4 pukul 7pm)
  6. EA evaporation 3 samples (kalau dah betul2 settled and give me two clear phase)
  7. Start another round of EA partition sample 2CTR
  8. Washing glassware (Oh~ banyaknya!!~) 
  9. Aku kena siapkan keje2 ni b4 7 pm
  10. 7 pm menghadiri jemputan jamuan hari raya Ustazah aku kat surau tpt ktorg mengaji.. Dimulakan dgn solat maghrib.. baca yaasin and lastly makan... ^_^
  11. Tak tau laa balik rumah pukul berapa esok..

Sekarang ni BANYAK sgt keje.. Alhamdulillah ada cik Fina yg nak tolong aku.. sepatutnya ada sorg RA yg akan tolong aku. Dia janji nak start dtg keje hari ni, tp dia ada hal plak kat hometown dia. So, dia dtg next week.. Aduiyaiii.. pening gak kepala aku pagi td sbb aku dah plan keje utk dia..



"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan utk melaksanakan perancangan ini dan permudahkanlah segala urusanku.."

11 September 2012

Nikmat yang dilupakan

**************************************************************************
Dua perkara yang sering kita lupa ialah kesihatan dan masa lapang. Ini disebutkan oleh Rasulullah : 


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ) رواه
 البخاري

 “Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi Sallahu’alaihiwasallam bersabda : Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia. Nikmat sihat dan masa lapang”  
                                                                                                                       [Riwayat Imam alBukhari]
 
**************************************************************************


1- Nikmat sihat

 
Nikmat yang selalu sgt kita lupa adalah nikmat sihat tubuh badan.. sbb kita rasa mcm biasa je, kan.. tp kita akan ingat nikmat sihat ni once kita sakit.. So, sebelum sakit ni, kena laa beringat selalu.. sentiasa rasa syukur diberi kesihatan yang baik.. Kena jaga kesihatan..

Td aku pegi kelas mengaji ngan kwn2.. Ustazah bgtau yg dia nak operate lutut dia sbb dah sakit sgt.. date je belum confirm lagi. Nanti bila ustazah buat operation, ada ustazah lain yg ganti.. Aku pun tny laa ustazah.. apa penyebab dia sakit kaki.. Ustazah bagitau, dia pun tak sedar apa puncanya.. Mula2 dia sakit sikit2 je.. Bila mkn ubat tahan sakit, dia baik.. Tp bila dah lama2, ubat tu pun tak jalan dah.. Ustazah pilih utk buat operation.. Ustazah aku diuji dgn sakit sendi masa tua.. Aku?? Anda?? Kamu?? Kita?? ntah laa tak tau lagi apa bentuk ujian kita nanti..

Lagi contoh pasal melupakan nikmat sihat..
Situasi: Masa sihat, malas nak gosok gigi.. bila dah sakit gigi, baru laa terasa hilangnya nikmat masa gigi sihat.. hehe.. selingan contoh yg paling simple.. yg paling kita buat remeh..  :p

Walaupun kita dah merawat penyakit kita tu.. tp bila Allah dah tarik nikmat sihat tu.. The healthy condition yg kita rasa tak akan sama seperti condition kita semasa sebelum sakit.



2- Nikmat masa lapang


Lagi satu nikmat yg dikatakan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w yg sering dilupakan adalah nikmat masa lapang.. Masa lapang diisi dgn benda tak berfaedah.. Bila tiba masa sempit, baru laa gelabah.. baru ingat masa lapang yg dah berlalu tersebut.

Contoh: Masa lapang sepanjang hidup didunia ni buat benda2 lagho.. Bila dah tiba masa sempit.. (masa  nak meniggal, contohnya).. Baru laa rasa rugi tak isi masa lapang tersebut dgn berbuat ibadah dan juga buat perkara2 yg bermanfaat.



Nota kaki:
Syukurilah nikmat bebas dan aman sejahtara sepanjang kita hidup di Malaysia bumi bertuah ini.. 
Pertahankanlah nikmat yang satu ini...



10 September 2012

Dah mati seekor..

Td aku call rumah bertanya khabar anak2 kucing.. 
ermm.. dah mati sekor dah.. so, tinggal 2 je... 
Huhu.. sedih2.. tak sempat tgk pun.. 
Mak aku kata, yg paling comel tu yg mati.. 
=(


Hai!!~ My name is Jack Jack..



09 September 2012

08 September 2012

Pagi yang indah

Alhamdulillah.. 
pagi ni sgt indah.. perfect weather.. 
Bangun seperti biasa... 
Get started with Subuh prayer.. followed by reciting al-ma'thurat.. 
take shower (best mandi pagi2).. kemas bilik.. sapu sampah.. 
Having heavy breakfast beli kat makcik jual breakfast yg sedap kat appartment seblah... 

Aku lapar dari semalam lagi.. 
ptg smlm mkn goreng pisang and i assume that was my dinner last nite, huhuhuhu~~ 
few days back, banyak sgt keje kat lab.. i was working like non-stop.. 
starting work at 8 and having lunch + Zohor prayer.. sambung keje balik and siapkan at 6-6.30... penat sgt2.. 
Malas nak stay back late kat lab tu... takde org nanti.. 
On top of that.. aku kan parking kereta kat tepi jln je... 
sensorg pulak tu.. dulu2 aku berani je balik lewat mlm tp lately banyak sgt crime yg tak terduga.. just to be safe, paling lewat aku kena sampai rumah adalah pukul 7.30ptg.. 
So, bila dah penat, mmg konon2 nak masak simple2 tp end up lepas maghrib, lepak2 kejap.. aku pun tertido without having dinner.. 
bgn semula utk solat isyak and sambung tido semula.. mmg lapar masa tido tp buat tak tau je laa... huhu~ 
pagi plak biasanya aku sampai2 lab je terus buat keje (tak breakfast lagi).. 
lapar tau.. 
kdg2 lunch time tu laa baru mkn.. kdg2 aku mkn sikit biskut or muffins bila dah lapar sgt... 

Pagi ni mmg best~~
^_^