Assalamualaikum,
Lama rasanya tak menulis di blog ni.. rindu pula tiba-tiba.. echeh~
Ok, sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2016..
Semoga kita semua dpt mengharungi tahun 2016 ni dgn lebih tabah lagi,
semua yg dirancang berjalan lancar, diberi kesihatan yg baik
dan diberikan rezeki yang melimpah ruah..
~amin...
Tak lupa, Gong Xi Fa Chai juga kepada kawan2 yang menyambutnya...
Tahun ni, masa raya cina kelmarin aku pegi Muar..
Rumah mertuaku..
Best juga sbb Khaliesa dpt jumpa sepupu2 dia.. biasa kalau ktorg balik, sepupu2 dia tak balik.. so, dia sensorg tak de kawan.. Kali ni mmg best!! Meriah.. Khaliesa plak dah besar sikit (1 thn 5 bln).. Dah berlari dah.. mulut pun dah banyak vocab yg dia reti sebut..
Kat rumah Tok Ba dan Mak Tok dia ni ada bela ayam, itik dan ikan...
Sibuk laa dia nak ke reban ayam..
Sikit2.. "aaaaaayam..... aaaaaayam".. ni semua pengaruh cerita 'Upin Ipin episod Cip Cip Cip' laaa ni..
ahahahahaa... itik dia tak reti sebut.. dia sebut duck!!~
ikan plak tak reti lagi.. fish ke ikan ke.. dua2 belum reti lagi...
kalau kucing, dia sebut nyauuuuu...
kalau harimau, jadi auuummmm...
gajah jadi... anna.. ahahahah.. kenapa anna?? sbb pengaruh teletubies episode Washing the Elephant..
gajah kat teletubies tu nama dia Anna...
ayam, badak ngan cicak je betul dia sebut... gajah pun ada laa juga kdg2 ikut mood dia.. tp selalunya gajah jadi anna laa...
kalau burung, kadang2 dia sebut gagak... kdg2 bird... hahaha.. kalau dia nampak tu burung gagak, dia cakap gagak laa.. tp kalau burung merpati atau burung pipit, dia sebut bird...
Apa yang menarik di Muar?
Pendapat peribadi aku kata.. kat Muar ada makanan yg enak2.. mmg tak tipu.. sedap sgt Mee Rebus kedai Satay Warisan.. lebih sedap dari Mee Rebus kat Kampung Melayu, JB..
Memang favorite food aku Mee Rebus sejak dari kecik lagi..
Dulu2 kalau korg pernah dtg JB, mee rebus paling famous Mee Rebus Haji Wahid
Tp, sejak dia meninggal dan anak2 dia yg mewarisi resipi tu.. dah tak berapa sedap dah..
Lama dah aku tak rasa mee rebus yang mengikut citarasa aku..
Akhirnya aku jumpa.... Nyummy~ lapar tak??? kah kah kah..
Selain Mee Rebus, aku suka Soto Nasi.. Kat kedai ni, Soto Nasi dia pun sedap..
But I still prefer to order Mee Rebus laa...
Kalau kat tempat lain, satay org makan time malam, kan..
Tapi kat Muar ni org makan satay waktu pagi..
Satay kat Muar ni aku pernah rasa 2 tempat je..
Ikut nasib laa.. kdg2 sedap.. kdg2 biasa-biasa je...
Rezeki aku, masa cuti kelmarin dpt makan satay yg sedap kat Kedai Satay Warisan tu..
Alhamdulillah~
Org kata, kat Muar ni terkenal dgn Mee Bandung..
Husband aku ada gak bawa laa aku makan Mee Bandung kat kedai famous..
Although Mee Bandung ni bukan termasuk favourite food aku, tp sebab aku minta dia bawa sbb nak rasa, dia bawakan juga laa.. tak ingat nama apa kedai tu..
Sedap laa juga.. tp still tak boleh lawan Mee Rebus tu..
Nak tgk gambar makanan?? sorry aku tak de.. aku kalau makanan dah sampai, aku baca doa makan terus ngap je.. tak de nak amik gambar bagai.. hahahahaha...
Kalau nak tgk rupa Mee Rebus, Mee Bandung tu korg google je laa...
Cuti aku kat Muar kali ni dah jadi mcm jalan2 cari makan plak, kan..
Sekali sekala... biasa makan kat rumah je.. tolong mak mentua masak...
Last sekali, husband aku bawa p kedai kopi tepi jalan.. Minum kopi yg guna arang..
Dia order kan aku kopi, dia punya kopi O.. aku tak suka pun minum kopi tp rasa je laa kan..
Benda2 pelik ni gini org sekarang kata hipster.. huhuhu..
Sedap?? ermmm aku rasa kopi tu pahit melekat!!~
Kalau org yg suka kopi mcm husband aku, boleh laa layan...
Ok la, dah abis bab2 makan... Kita pegi bab riadah pulak..
Kat Muar ni ada Tanjung.. ada yg dekat dataran Muar, lagi satu tanjung lama ada monyet2..
Best tau jalan2 petang amik angin kat tanjung ni... ada tempat tgk matahari terbenam juga!!
Jalan pagi2 pun best.. nyaman je.. ramai org jogging kat sini.. tp ktorg jalan je laa..
si kecik tu tgk org jogging, dia pun nak lari2 gak... so, layankan je laa..
Tanjung yg ktorg pegi pagi2 tu dekat dgn paya bakau.. ada laa macam2 binatang ktorg jumpa selain monyet.. mmg best melayan si kecik tu tgk binatang2 tu.. ada belangkas, ikan kaloi, bangau, burung2.. (intonasi mcm cakap dgn Khaliesa plak... hahaha)
Malam2 kat sini pun happening gak.. especially kat tanjung yg dekat dataran Muar tu...
Sbb angin kuat, diorg main giant bubbles ramai2... dah macam pesta belon pun ada!!~
Parking jangan cakap la.. penuh je..
Bawa family kat sini mmg best... Khaliesa punya bubbles ktorg beli yg bubble kecik je.. pastu, dia tumpang main org lain punya belon.. suka dia bila dpt pecahkan belon besar~
Tapi, lepas tu pedih mata.. kesian~~~
Kat sini selain pesta belon, ada gak org memancing ikan..
Nasib laa husband aku tak suka memancing.. suka tgk bola je.. aku bab2 tunggu ni aku kurang sabar sikit..
Alang2 dah sampai Muar, ktorg jalan laa kat Melaka juga.. sbb dekat je kan..
Jalan2 kat shopping mall je.. window shopping pun best gak..
Lepas tu pegi depan A'famosa.. teringin nak naik beca tp husband tak nak naik pun.. sbb stroller baby kena tinggal, tak boleh bawa..
Kali ni selain beca, ada gak org buat sewa basikal, ada kereta kuda pun ada..
Nak naik kereta kuda tu RM10 utk dewasa.. reasonable price laaa
Khaliesa baru bangun tido masa tu... dia tak excited sgt pun tgk kuda tu.. dia mamai2 lagi kot..
So, ktorg tak naik laa.. tgk je org lain naik.. kuda tu jalan dekat2 situ je.. tak jauh pun..
On da way back to Muar, ktorg singgah pegi makan ikan bakar kat Serkam..
Ni mmg tempat yg husband aku selalu bawa kalau pegi Muar..
Sedap juga.. reasonable price.. Tapi tak boleh lawan seafood kat Pangkor masa ktorg pegi honeymoon dulu... Kat sana mmg ikat fresh kot..
Ok laa nanti lain kali sambung part 2 pula.. (entah bila laa tu)
26 February 2016
07 April 2015
Ajaibnya Cinta
Fuhhh fuhhh!!~ dah berhabuk gila purplepink diary ni.. diary la konon.. padahal pemalas nak tulis apa pun.. haha.. diary handwriting version pun aku dah malas tulis apatah lagi taip2 version ni.. hihi.. lama sgt tak tulis sebab utamanya aku mmg malas amat.. kalau dulu suka laa tulis merepek2 kat diary.. ntah apa2 laa yg aku nak tulis.. yg aku rasa.. yg aku fikirkan...
ok, enough!~
nak cerita pasal drama kat tv3 tajuk "Ajaibnya Cinta". Aku baru je follow citer ni.. setelah lama sgt tak follow drama siri melayu kat tv.. Ni pun sbb ter tgk kat JB kelmarin.. (balik JB last week). Cambest plak.. stroyline best, plus point lagi bila barisan pelakon2 pun best2 belaka antaranya: Shaheizy Sam, Nora Danish, Sharifah Amani, Norish Karman, Eirma Fatima, Dato' Rahim Razali and Esma Daniel.. Lagu OST dia pun best..Setting cerita pun cantik..
Cerita Ajaibnya Cinta ni pada aku lain dari yg lain laa sbb ada BANYAK pengajaran sambil2 tgk tv... sambil2 santai2, gelak2, ada banyak kata2 yg menyentuh hati ni.. banyak gak kata2 sentap.. mmg kena laa kat kita2 ni semua.. syabas aku ucapkan kat semua yg terlibat dlm pembikinan drama berkualiti ni.. kalau nak tau, jom laa follow kat tonton..
Ok, actually, drama ni adalah kesinambungan dari telemovie "Spain Uoolss"... aku pun tak pernah tgk sebenarnya telemovie ni.. tak pe, nanti kita cari.. hihi.. ^_^..
Drama bersiri Ajaibnya Cinta ni dah episod 6 laa skrg.. Ok, ni sinopsis yg aku amik kat blog org lain.. Kalau korg pun rasa citer ni best, jom la follow.. try la tgk 1 episod dulu.. tetiba aku jadi promoter plak..
Sinopsis:
Ajaibnya Cinta yang disiarkan di slot Lestary Tv3
mengisahkan Akif, Halimatun, Hammara dan Maya yang bakal menamatkan
pengajian mereka di salah sebuah universiti terkemuka di Sepanyol.
Namun, Hammara bakal digantung oleh pihak universiti kerana dia selalu
menghilangkan diri, tidak hadir ke kelas malah tidak menduduki
peperiksaan akhir. Halimatun begitu risaukan Hammara.
Akif mengikut Hammara bertemu Maulana di perkampungan untuk mempelajari
dan mendalami ilmu agama Islam. Hammara mengatakan bahawa dia mula
mendapat ketenangan setelah mengenali Islam yang sebenarnya daripada
Maulana. Dalam perjalanan pulang, Akif mula memikirkan kata-kata
Hammara. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif berjumpa Hammara, meluahkan
rasa terima kasihnya. Akif dapat mendalami ilmu agama dengan bantuan
Hammara dan hidupnya berasa tenang.
Akif turut meluahkan rasa cintanya pada Hammara. Halimatun yang
mengekori Akif mula menyerang Akif dan Hammara. Halimatun patah hati
lalu mengemaskan barangnya untuk segera pulang ke Malaysia. Sementara di
kampung, Pak Akob mencuba pelbagai cara untuk memikat hati Mak Cun
termasuk meminta bantuan Saidatul tetapi Mak Cun menolak cinta Pak Akob.
Mak Cun berasa gembira apabila mendapat panggilan anak kesayangannya,
Halimatun akan pulang ke Malaysia.
Sampai saja di kampung, Halimatun memberitahu Mak Cun dia mahu bekerja
di Kuala Lumpur. Hammara rasa bersalah pada Halimatun tetapi Akif
mengatakan yang dia memerlukan masa untuk mengenali dirinya. Sebelum
pulang ke Malaysia, Akif mencari Hammara tetapi gagal. Akif pulang
dengan perasaan kecewa. Datin Suzana dan Datuk Tajudin membuat parti
sempena kepulangan Akif. Namun, Akif menasihati ibu dan ayahnya bahawa
dia tidak sukakan majlis seperti itu dan lebih afdal sekiranya
kepulangannya itu hanya diraikan dengan doa selamat saja.
Datin Suzana dan Datuk Tajudin berasa malu di hadapan tetamu. Datin
Suzana berasa malu dan kecewa dengan sikap Akif yang berubah sejak
pulang dari Sepanyol. Apa yang dibuat serba tak kena di mata Akif, Akif
juga menegur cara adiknya Mia yang berpakaian seksi dan menegur mereka
mengenai cara bersolat. Dalam pada itu, Akif berkenalan dengan Cinta,
perempuan simpanan kepada Datuk Shamsul. Cinta tertarik dengan kebaikan
Akif dan meminta tolong Akif kerana dia mahu berubah. Akif berjanji akan
membantunya.
Lalu, Cinta selalu mengikut Akif dalam program agama di masjid. Cinta
merasakan kehadiran Akif memberi sinaran baru dan harapan dalam
hidupnya. Halimatun mula kecewa dengan kecurangan Akif. Akif memujuk
Halimatun supaya mempercayai dirinya. Semakin hari, Akif mula
terperangkap dengan perasaannya kerana dia mula menyayangi Cinta.
Pertemuan semula dengan Hammara juga membuatkan Akif sering terlupa akan
Halimatun. Akif buntu antara Halimatun, Cinta dan Hammara yang muncul
dalam hidupnya. Siapakah jodoh buat Akif? Nak tahu lebih lanjut kenalah
tonton Ajaibnya Cinta sampai episod akhir.
Spain Uoolss
Ajaibnya Cinta
03 November 2014
Detik pertama menjadi ibu
Hello UM!!~ Hari ni adalah hari pertama aku pegi UM lepas cuti 3 bulan... cuti bersalin katanya.. huhu.. patutnye 2 bulan je cuti. tp aku balik cuti awal.. konon2 takut terberanak awal.. kat sini aku sensorg.. family jauh.. husband pun jauh gak.. hihihi.. Masa minggu2 terakhir pregnancy mmg aku dah sarat sgt dan tak berapa larat nak buat labwork pun.. Mood dah merundum.. So, bila ada je mild contraction, aku pun gelabah nak balik JB awal.. hihihi.. mana la tau.. tak de pengalaman.. Perasaan beranak sensorg kat KL tu laa yg aku tak suka..
Last2 aku bersalin tepat pada expected due date iaitu pada 6hb Sep 2014.. Alhamdulillah.. Perasaan aku bila menunggu saat2 kelahiran tu.. bila dah minggu ke-38 and ke-39.. aku dah start gelabah sebab tak bersalin lagi.. Takut gak lewat bersalin, org kata kena czer laa.. takut baby mature sgt laa.. mcm2 komplikasi laa.. Mana laa aku tak gelabah, dah nak due date pun aku masih tak de rasa nak beranak pun.. tak de rasa contraction pun.. Apa2 pun, alhamdulillah semuanya dah selamat pun.. Aku start rasa mild contraction pada awal pagi 6hb Sep tu dlm pukul 1 pagi kot.. Tp pergi hospital pukul 7 pagi dan melahirkan puteri aku yg comel tu pada pukul 3.52 ptg.. Berat baby 3.24 kg...Nama baby aku: Noor Khaliesa Zahra Binti Mohamed Bahtiar... Maksud nama dia: Cahaya yg jujur yg berseri..
Masa berpantang aku buat apa kat rumah? hihi.. pulihkan diri sendiri dan jaga baby je laa.. aku tak fikir pasal lab pun.. tak baca journal pun.. Banyak tgk tv.. layan internet.. memula tu bosan gak laa life mcm tu.. Dah la tak boleh pegi jln2.. duk rumah je.. Nama pun berpantang.. Mandi kena air panas, tak boleh minum air sejuk.. ice lagi laa NEHI.. Makan pun makanan org berpantang.. Nasib la rumah ada astro.. ada mcm2 channel yg boleh tgk.. Lama2 syiok gak duk rumah.. Jaga baby paling best.. memula tu mmg kekok laa nak cuci najis, mandikan dia.. pakaikan baju.. susukan.. tidurkan.. Lama2 jadi best plak.. Lepas abis pantang, baby dah pandai mengagah sikit2.. mmg cute je.. Dah semangat dah dia.. Aku pun sempat habiskan satu novel "Lautan dihujung lorong".. Cerita mengarut.. Nape laa aku bawa novel ni balik JB. Padahal banyak je lagi novel yg lagi best yg lum baca tinggal kat rumah sewa.. huhu..
Al-kisah baby aku.. minggu pertama lepas kelahiran dia, kitorg risau pasal kuning dia.. Lepas lahir, dia ada sikit kuning.. Tak de laa kena admitted ke apa.. Cuma kalau tak jaga, boleh naik gak level kuning tu.. Siap jemur sekejap pagi2.. Minggu kedua plak, tahi mata banyak laa sgt.. rimas aku!!~ Minggu ke-3, Selsema and batuk.. kesian dia.. Rupanya mandi awal pagi sgt, dia sejuk.. malam pun mandi juga.. so skrg, tak mandi malam, just lap2 je... Minggu ke-4 plak, naik ruam yg teruk.. kat badan, kat pipi.. Tp dah sapu losyen sudo cream kat badan, dah ok.. kat pipi dia letak baby oil, pun dah ok dah.. Alhamdulillah..
Sekarang ni, Khaliesa suka gigit jari tangan kanan dia.. abis basah mitten tu.. bagi puting tak nak.. aku pun tak faham.. Tak kan nak tumbuh gigi, kan.. hahah.. Sekarang dah pandai beremosi.. kalau bagi susu lambat, dia merajuk.. sambil minum susu tu sambil membebel.. Ahh tak reti nak explain.. Kadang2 tu, sambil menyusu, time tu laa nak mengeliat sama.. (anak aku kuat mengeliat), time tu juga laa nak yak yak.. haha.. padahal tgh menyusu tu.. merah2 muka dia meneran.. pastu sambung menyusu.. Rindu my baby!!~
Sekarang ni asyik beli barang baby je.. Lepas abis pantang, baru la boleh keluar rumah jalan2.. baru laa aku ngan husband dapat pegi beli stroller and car seat.. Mahal gak dua2 benda ni.. Ada yg cecah ribu, kot.. tp ktorg beli ikut kemampuan je laa.. tu pun pakai duit kumpul2 org kasi.. Ada laa rezeki sikit.. Yg paling pening kepala adalah cari stroller yg worth buy.. Yg best mesti laa yg mahal amat.. lebih budget kami.. Tp nak gak cari yg baik sikit utk si little princess suit our budget.. Ciri2 utama, stroller tu mesti boleh recline abis sbb baby kena baring.. Pastu nak yg reversable handle.. aku suka feature ni sbb boleh baby masa tolak stroller.. meaning baby facing kita.. bila dah besar sikit baru la boleh face out tgk org sekeliling.. Next, nak cari yg full coverage canopy... so bila dia tido boleh tutup abis, adjustable handle, big basket, 5-point safety harness, span pelapik yg best.. Di akhir pencarian, ktorg beli stroller capella cony.. warna wine... Harga before less RM1199 (tgk kat website dia), lepas less dpt RM750. ok laa tu utk memenuhi spec yg aku nak.. Setakat ni, dah bawa pegi shopping mall, pegi makan2.. mmg puas hati sangat.. ^_^
Lepas pantang kena datang UM utk sambung siapkan experiment aku.. Masa dalam pantang kelmarin, paper transcriptome aku finally dah accepted kat BMC Genomics.. Alhamdulillah.. syukur.. Erm kena ada lagi 1 paper utk grad.. Ni laa experiment yg kena siapkan utk paper lagi satu.. kena usaha lebih sikit.. Ada driving force utk siapkan experiment.. Kawan2 yg baca blog aku ni.. walaupun anda tak mengenali diriku ini.. doakan kejayaan saya ye.. Terima kasih ^_^
13 March 2014
Surah at-Taubah
Dlm al-qur'an ada 114 surah, semuanya ada "Bismillah" di awal surah KECUALI surah at-Taubah... Hukumnya HARAM kalau baca "Bismillah" kerana surah ini diturunkan ketika perang.. even kalau kita dah stop and nak sambung semula bacaan dlm surah tu pun tak boleh baca dgn "bismillah".. cukup sekadar baca "a'uzubillahiminassyaitonirrojim....." Mungkin org lain dah lama tau.. tp aku baru tau tadi.. tu pun sbb join kelas mengaji Ustazah Rokiah... Alhamdulillah hari ni ktorg dah msk juz 10.. Semoga Ustazah diberi kesihatan yg baik.. diberkati hidupnya dan pahala yg banyak sbb ajar ktorg.. Ini la hikmah lambat habis phD kat UM.. hihihi... dpt belajar tajwid.. cara sebutan yg betul.. bacaan yg betul.. melancarkan bacaan...
23 February 2014
Nostalgia Jambu Batu..
Setiap kali kalau beli jambu batu letak asam boi, aku mesti teringat masa zaman sekolah dulu..
Nostalgia sungguh.. aku dulu sekolah berasrama penuh kat Kuala Pilah..
Aku join Kelab Usahawan Muda.. Aku suka join kelab ni walaupun kdg2 akan mengorbankan masa weekend aku utk masak burger.. panas woo.. atau waktu2 after prep malam utk siapkan kad2 comel utk dihantar kepada org2 tertentu especially musim2 exam... hihi.. memori sungguh!!~
Seronok tau.. Tapi yg paling aku tak lupa ialah jual jambu batu asam boi setiap sabtu/ahad kat aspuri.. Masa tu aku form 4.. Dlm kelab tu masa tahun tu, ktorg dah dibahagi2 kepada group2 tertentu dan group aku buat jualan jambu batu.. Kitorg masa tu ada 4 org.. 3 daripada nya adalah kawan2 kelas aku.. lagi sorg tu merangkap ketua laa dia senior setahun tp dia la yg paling tak menyumbang langsung.. tak menolong langsung!!~
So, setiap Jumaat je ktorg akan pastikan dah beli jambu dari sorg Cikgu.. pastu bawa balik hostel, pegi buang kulit dia pakai sudu.. hihi.. pastu rendam semalaman sbb nak kasi lembut.. esoknya hari Sabtu, pagi2 lagi ktorg bertiga akan potong2, buang biji and last step pegi la setiap tingkat aspuri utk jual.. Jualan ktorg tu mmg dinanti2 kan.. huhu.. biasa laa bdk asrama mmg selalu lapar... Kdg2 tu, siap tempah lagi.. tang asam boi tu ktorg tak kedekut pun.. letak la banyak mana yg diorg nak.. sbb ktorg memahami nafsu nafsi diorg.. haha.. alaa bukan mahal sgt pun serbuk asam tu.. Pendek kata, mmg jambu ktorg menjadi rebutan laa.. hihi.. Seronok tgk org beli jualan kita...
End of the year, untung yg ktorg dpt tu pun dibahagi2kan kepada ahli kumpulan.. Seronok dpt duit penat lelah masa tu... Banyak gak duit terkumpul masa tu... Tak ingat dah aku beli apa dgn duit tu.. ^_^

27 January 2014
Tak sihat
Sesunggahnya kesihatan yg baik itu NIKMAT yg sering dilupakan..
Kdg2, bila kita sihat, kita rasa mcm tak de apa2 pun.... relax je...
Kdg2 kita bazirkan kesihatan kita dgn buat perkara2 yg tak berfaedah..
sbb.. kita tak rasa apa2 kerugian pun.. sbb semuanya seems to be normal..
TAPI, bila kita ditimpa sakit sekali sekala, baru laa terasa NIKMAT yg hilang itu...
kita tak boleh buat ni... tak boleh buat itu.. semuanya terbatas.. pergerakan terbatas.. emosi tak stabil..
tp masa kita sakit, kena selalu ingat pada Allah.. sbb Allah ada dekat bersama2 org yg sakit..
sbb tu laa kalau nak jumpa Allah, ziarah lah org yg sakit sbb Allah ada bersama2 mereka..
Masa sakit, Allah hapuskan dosa2 kita walaupun hanya kita tercucuk jari dgn jarum yg tajam...
of coz kita kena bersabar... key point dia adalah SABAR.....
Aku sekarang ni tak de la sakit teruk2.. cuma badan aku ni asyik angin je..
especially bila malam.. dah la skrg ni malam sgt sejuk..
tak tahan sejuk.. kena pakai stokin... tak pakai stokin lagi laa angin badan aku ni..
bila kena serangan angin, kdg2 rasa mcm nak muntah.. sbb angin tak mo keluar...
silap makan sikit, angin... especially sayur... aku dah naik fobia mkn sayur..
tak boleh makan pedas2..... so, lauk aku sgt laa plain...
aku kena remind diri sendiri... key point dia.. kena SABAR...
Allah nak bagi sesuatu yg baik... so, kena la sabar sikit.... think positive.. Allah nak hapuskan dosa2..
Best kan, sebenarnya... ^_^
Org Islam ni, buat apa pun bagus..
bila ditimpa kesusahan maka dia bersabar, dpt pahala... bila diberi kesenangan maka dia bersyukur pun dpt pahala...
Semoga kita jadikan dunia ni ladang pahala kita.. Supaya dpt dijadikan bekalan di akhirat yg kekal abadi nanti...
Time2 badan tak sihat mcm ni, rasa nak balik JB......
Kdg2, bila kita sihat, kita rasa mcm tak de apa2 pun.... relax je...
Kdg2 kita bazirkan kesihatan kita dgn buat perkara2 yg tak berfaedah..
sbb.. kita tak rasa apa2 kerugian pun.. sbb semuanya seems to be normal..
TAPI, bila kita ditimpa sakit sekali sekala, baru laa terasa NIKMAT yg hilang itu...
kita tak boleh buat ni... tak boleh buat itu.. semuanya terbatas.. pergerakan terbatas.. emosi tak stabil..
tp masa kita sakit, kena selalu ingat pada Allah.. sbb Allah ada dekat bersama2 org yg sakit..
sbb tu laa kalau nak jumpa Allah, ziarah lah org yg sakit sbb Allah ada bersama2 mereka..
Masa sakit, Allah hapuskan dosa2 kita walaupun hanya kita tercucuk jari dgn jarum yg tajam...
of coz kita kena bersabar... key point dia adalah SABAR.....
Aku sekarang ni tak de la sakit teruk2.. cuma badan aku ni asyik angin je..
especially bila malam.. dah la skrg ni malam sgt sejuk..
tak tahan sejuk.. kena pakai stokin... tak pakai stokin lagi laa angin badan aku ni..
bila kena serangan angin, kdg2 rasa mcm nak muntah.. sbb angin tak mo keluar...
silap makan sikit, angin... especially sayur... aku dah naik fobia mkn sayur..
tak boleh makan pedas2..... so, lauk aku sgt laa plain...
aku kena remind diri sendiri... key point dia.. kena SABAR...
Allah nak bagi sesuatu yg baik... so, kena la sabar sikit.... think positive.. Allah nak hapuskan dosa2..
Best kan, sebenarnya... ^_^
Org Islam ni, buat apa pun bagus..
bila ditimpa kesusahan maka dia bersabar, dpt pahala... bila diberi kesenangan maka dia bersyukur pun dpt pahala...
Semoga kita jadikan dunia ni ladang pahala kita.. Supaya dpt dijadikan bekalan di akhirat yg kekal abadi nanti...
Time2 badan tak sihat mcm ni, rasa nak balik JB......
Isu Fesbuk
Hi.. lama tak tulis kat sini..
Saja nak tulis nak meluahkan perasaanku disini..
Bosan dah dgn fesbuk sbb semua kwn2 aku dah jadi peniaga...
Penat nak tgk status jual barang mereka itu..
Mcm2 jualan.. Tp yg paling banyak adalah Shaklee tu laa..
Hampir semua status pasal Shaklee....
Hampir semua kawan aku jual benda ni...
Tu belum lagi iklan2 sampingan yang turut menyemakkan wall aku..
Fesbuk ni dah jadi medan utk meniaga nampaknya..
Kdg2 benda yg sama di upload setiap hari.. rasa nak muntah aku...
Disebabkan tak tahan sgt, ada juga yg aku terpaksa click butang "hide/unfollow" selamanya..
Ok, tak salahkan diorg pun nak berniaga.. tp aku je yg rasa menyemak tgk update barang2 niagaan itu..
Hoh!!~ Ntah2 satu hari nnt aku pun join the circle meniaga juga..
Kalau tak meniaga, berita2 sensasi yg kdg2 meragukan je sumbernya..
Pastu ramai plak tu yg share link berita tersebut..
Kdg2 aku pun terjebak utk membacanya..
Mula2 beritanya begini.. kemudian, beberapa hari lepas tu begini pula ceritanya (kata berita yg previously tu salah.. yg sekarang ni la baru yg betul)
Sape2 ntah yg menulis berita skrg ni..
Aku pun kdg2 keliru dgn apa yg dibaca.. betul ke.. atau fitnoh semata.. huhu~
Ok, sekian bebelan utk hari ini.. mari sambung siapkan report!!!!!!~
Saja nak tulis nak meluahkan perasaanku disini..
Bosan dah dgn fesbuk sbb semua kwn2 aku dah jadi peniaga...
Penat nak tgk status jual barang mereka itu..
Mcm2 jualan.. Tp yg paling banyak adalah Shaklee tu laa..
Hampir semua status pasal Shaklee....
Hampir semua kawan aku jual benda ni...
Tu belum lagi iklan2 sampingan yang turut menyemakkan wall aku..
Fesbuk ni dah jadi medan utk meniaga nampaknya..
Kdg2 benda yg sama di upload setiap hari.. rasa nak muntah aku...
Disebabkan tak tahan sgt, ada juga yg aku terpaksa click butang "hide/unfollow" selamanya..
Ok, tak salahkan diorg pun nak berniaga.. tp aku je yg rasa menyemak tgk update barang2 niagaan itu..
Hoh!!~ Ntah2 satu hari nnt aku pun join the circle meniaga juga..
Kalau tak meniaga, berita2 sensasi yg kdg2 meragukan je sumbernya..
Pastu ramai plak tu yg share link berita tersebut..
Kdg2 aku pun terjebak utk membacanya..
Mula2 beritanya begini.. kemudian, beberapa hari lepas tu begini pula ceritanya (kata berita yg previously tu salah.. yg sekarang ni la baru yg betul)
Sape2 ntah yg menulis berita skrg ni..
Aku pun kdg2 keliru dgn apa yg dibaca.. betul ke.. atau fitnoh semata.. huhu~
Ok, sekian bebelan utk hari ini.. mari sambung siapkan report!!!!!!~
Subscribe to:
Posts (Atom)